27 February, 2011

Minggu Pecah Belon (Kelakar Bukan..?)

Alhamdulillah.. Walaupun kadang-kadang saya dihimpit oleh kesibukan bertugas namun sempat juga saya menulis di sini. Memang benar sepanjang minggu lalu, pelbagai program di sini berlangsung. Tinggal lagi saya mahu hadir atau tidak. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang menjemput saya dengan kad yang hadir di pejabat saya.
Minggu ini saya masih belum menyelesaikan tugasan Pecah Belon. Kelakar bunyinya tetapi tetapi tindakannya sangat bermakna. Dalam bahasa yang indah 'Minggu Suai kenal dengan orang-orang besar dan berpangkat besar di sini. Rasionalnya, kerana dengan ini dapat saya mengenali orang-orang di sekeliling saya. Barangkali ada di antara mereka yang saya akan bekerjasama di dalam menjalankan tanggungjawab saya. Barangkali di sini jugalah saya mengenal siapa yang berkuasa, sikap dan personaliti mereka. Insyallah, saya akan selalu menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas, cermat, baik dan menurut perintah. Sudah sebati di dalam diri saya, saya perlu menurut perintah, walaupun saya punya pandangan secara peribadi dan kewajaran. Saya tidak mahu membesar-besarkan hal yang remeh-temeh ini.
Saya menilai seseorang itu bukan kerana paras rupa atau sifat luaranya semata-mata. Ianya hanyalah sesuatu yang tidak kekal dan boleh berubah pada bila-bila masa dengan ketentuan yang maha Esa. Saya menilai seseorang itu dengan hati budi kerana itulah yang abadi. Maaf saya hanya manusia biasa, barangkali kalian yang berpangkat besar dan punya kuasa juga. Tetapi saya percaya di sisi Tuhan, kita manusia sama. Yang membezakan antara manusia dengan manusia yang lain adalah amalan dan kebaikan selama hidupnya.

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...