26 June, 2008

[Jong-Jong Inai] Program Kecemerlangan Anak-Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan 2008

Salam. Bertemu sekali lagi pada hari ini. Petang tadi sempat saya menghadirkan diri ke mesyuarat program tersebut,walaupun saya sedang bercuti. Ya.. kerana mesyuarat tersebut telah dirancang awal sebelum saya sakit. Menjadi orang yang dibawah ini harus menurut perintah. Ada yang SMS awal memberitahu saya perlu hadiri mesyuarat jam 3 nanti. Terima kasih banyak2 kerana mengingati saya. Perlu juga saya hadir untuk mengetahui apakah kehendak program. Sebagai penulis teks/ skrip saya perlu menulis bagi memenuhi kehendak mereka. Emm.. ternyata semunya menyebelahi saya. Saya bebas untuk merencanakan mengikut kemahuan saya selagi saya tidak melepasi batasan. Bagaimana saya harus bermula?Gementar di dalam hati saya untuk memenuhi tanggungjawab ini. Kadang2 berkobar2 juga, sampai di dalam bilik air mencurah2 idea. Entahla, mungkin disitulah tempat saya berfikir dengan lebih tenang. Maaf, saya terlalu jujur dan agak lucah dengarnya. Tetapi inilah kenyataannya. Saya perlu bersedia sehingga perjumpaan seterusnya pada 8hb Julai 2008. Kepada yang terlibat bersama2lah kita berganding bahu menjayakan program ini. Bantulah saya, tegurlah saya sekiranya salah. Proses yang lebih penting. Bila proses berjalan dengan lancar, saya percaya menghasilkan produk/persembahan yang terbaik.
Petang tadi sempat juga menghubungi teman (Hazril Bin Mohd Yusof) di Klang. Bercerita tentang itu dan ini serta seorang teman rapatnya. Lega di dalam hati.. Semoga anda berjaya dalam permohonan KPLI bagi pengambilan awal tahun depan. Kalau ada rezeki tak kemana. Terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog saya setiap minggu. Teruskan lah menjengguk2 saya di sini ya. Selamat Malam...

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...