Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

16 June, 2008

Salam Aman Untuk Malaysia

Saya kembali di sini. Untuk pertama kalinya saya tergerak untuk meluahkan isi hati saya mengenai isu yang menjadi2 di dalam negara. Antara kekalahan Barisan Nasional, Kemenangan Barisan Keadilan Rakyat, Antara Kenaikan harga minyak, dan pemberian gaji sebulan dua kali. Saya bukanlah terlalu kental dan terlalu gagah untuk mempeduli apa pun yang berlaku di sekeliling saya . Lebih2 lagi ianya memberi kesan yang sangat hebat dan perubahan2 inilah yang menentukan perjalanan hidup saya yang berliku2 ini. Saya percaya begitu juga kalian di luar sana. Melihat2 blog2 yang ada di pasaran terlalu banyak pandangan, kritikan secara langsung mahupun secara sindiran. Masing2 mempunyai masalah yang tersendiri dan persoalan yang sama. Saya hanya bisa memandang. Suara saya hanya untuk saya. Bagi saya walau apa yang berlaku sakali pun, saya mengharapkan ’Malaysia Aman’ Cukuplah penderitaan yang terdahulu. Janganlah menjadi manusia yang lupa asal usul dan sejarah. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Selagi nyawa di kandung badan, langit itu akan terus dijunjung. Jalan2 inilah yang menjadi laluan untuk bertapak walaupun penuh dengan onak dan duri.

Tahniah kepada penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2007!! Walaupun saya telah mengetahui awal semasa pencalonan kalian namun saya bukanlah orang yang berhak untuk berkata2 tentang ini. Walau pun saya tahu ada yang cuba menyiasat/ mengetahui rahsia ini dari awal lagi. Selepas Jumaat lepas, tecatatlah keputusan yang muktamat. Tahniah sekali lagi. Kalian memang layak untuk menerimanya. Entah bila la rezeki saya.. Salam.

Hj Muhammed Adzhar B. Hj Alias
Abu Hassan B. Ab. Majid
Wahidah Bt. Abu Bakar Sidek
Rosiah Bt. Othman
Nazaruha Bt. Sungip
Norlida Bt. Kiflie
Rafini Bt. Ramli
Noriah Bt. Mohamed
Mohd Hanizam B. Mohd Morsit
Aina Bt. Ahmad Shukri.






















Arwah Datuk ku.. Semoga roh mu dicucuri rahmat. Alfatihah...





















Memori Ibu dan Arwah Ayahku....

1 comment:

cintalaila said...

Wahhhh..macam Leftenan Adenan...yang semestinnya cucunya berjiwa kental !!!