07 April, 2010

Berbudi?



.





Salam. Bertemu kembali ya. Lewat hujung bulan lepas, teman saya yang berada di MBSA, Shah Alam itu menghubungi saya. Katanya saya dijemput untuk membuat persembahan semasa Malam Puisi Selangor yang akan berlangsung di Laman Budaya, Shah Alam,30 April 2010 nanti. Saya tenang sahaja, menerima tawarannya itu. Lama benar saya tidak mendiamkan diri. Semenjak bertugas di pejabat, pergerakkan saya semuanya terbatas. Jika adapun kerana memenuhi tuntutan menjadi Cikgu/ Fasilitator bagi Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Program Latihan Khidmat Negara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka semenjak tahun 2005 lagi.Ternyata tawaran tersebut membuat saya tenang. Malam itu juga katanya lagi akan dihadiri oleh Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said. Lama benar saya tidak ketemu. Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah di sebuah kedai di KLCC sewaktu saya sebagai (Timbalan Pengurus Besar Anjung Seni di UiTM (Didaftarkan di ROS sebagai Anak Seni)) meminta izin agar menggunakan karyanya iaitu 'Di Mana Bulan Selalu Retak' dipentaskan di Auditorium Muzium Negara lewat penghujung tahun 2003. Pada malam itu juga katanya lagi akan dihadiri penulis buku terkenal tanahair iaitu Faizal Tehrani. Emm.. Bekas pensyarah saya juga tu. Lama benar, saya tidak ketemu denganya. Hari ini saya menerima surat rasmi dari Jabatan Korporat, MBSA tentang jemputan tersebut. Jadi dalam tempoh beberapa hari ini saya perlu bersedia untuk itu. Kepada teman-teman yang punya masa, ketemu saya pada malam tersebut ya. Semoga kalian sihat sejahtera. Kepada teman saya di MBSA itu, terima kasih di atas jemputan itu ya. Jumpa di sana.

Puas sudah hamba berpadi,
Nenas Juga dipandang Orang,
Puas sudah hamba berbudi,
Emas juga dipandang Orang.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...