04 April, 2010

Kenapa Saya Masih Single?

“Kenapa saya masih single?” seperti sebuah pertanyaan yang berkonotasi buruk bahawa menjadi single seolah kutukan, tidak laku.

Ibu pernah menasihati saya supaya rajin Solat Hajat, banyak doa supaya dibukakan pintu jodoh seluas-luasnya. Nasihat ini baik, tapi saya juga belum merasa sebegitu putus asa mencari jodoh.
Menyusul semua saran kawan dan orang tua lain supaya saya tidak terlalu memilih supaya tidak terus sendiri.

Bagaimana kalau sendiri itu adalah keputusan saya secara sedar?
Buat saya, menjadi single bukan kutukan yang harus ditakuti dan harus segera disudahi. Hidup ini indah meskipun sendirian, sesuka hati. Pilihan di depan mata bisa diputuskan tanpa terlalu banyak kompromi. Hidup tidak menjadi anomali hanya kerana sendiri. Semua biasa saja.

Kalau suatu hari saya memutuskan untuk berpasangan dan berbagi hidup dengan dia untuk selamanya, maka akan jadi keputusan saya secara sedar. Bukan dikejar deadline usia atau bukan kerana tuntutan sosial dan keluarga.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...