20 April, 2010

Malam Puisi Riong - Selangor Darul Ehsan.

Shah Alam - Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)bersama Berita Harian dengan sokongan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan penglibatan Komiti Akar akan mengadakan ”Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor" dengan mengangkat tema (Wasilah Cinta pencipta & manusia). Program Malam Puisi ini akan berlansung pada 30 April 2010(Jumaat) bermula pada jam 8.00 malam di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam.Malam puisi tersebut akan membariskan Sasterawan Negara iaitu Y.Bhg Dato A.Samad Said dan Y.Bhg Dato Dr Anuar Rethwan. Antara penggiat seni yang lain ialah Pak Agi, Faisal Tehrani,Ahmad Shukri Abdullah dan penggiat muda seprti Fynn Jamal, Mohd Zulfahmee, Ashraf Ishak, Mohd Suffian, Mohd Hatta Mohd Yatim, Siti Fariha, Fazleena Hishamudin dan Noor Azah Ahmad.Bacaan puisi dan lagu juga akan didendangkan oleh penyanyi Aishah, Rizu Bintang Realiti (OIAM) dan Rini (AF7). Orang ramai juga berpeluang mendengar bacaan puisi oleh Y.B Puan Rodziah Ismail dan juga Y.Bhg Dato Mzalan Mat Nor (Datuk Bandar Shah Alam). Penganjuran program ini digarap dengan menggabungkan puisi dan elemen gerak tari dan muzik. Bacaan puisi bertemakan kemanusian dan Ketuhanan.Program ini akan mengumpulkan tokoh-tokoh seni dan generasi muda.Sementelahan itu juga, para pengunjung juga berperluang untuk melihat pameran lukisan dan fotografi.Tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan mempromosi karya puisi, mempromosi Negeri Selangor sebagai Negeri yang berbudaya dan memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej Kemanusian dan Ketuhanan kepada masyarakat. Sekian

Mohd Zulfahmee Ismail
Pengarah Projek bersama
Malam Puisi Riong - Shah Alam, Selangor


     


No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...