16 April, 2012

Makan Malam Kedai Along, Pengkalan.


Alhamdulillah. Selesai sudah makan malam bersama teman serumah. Kali pertama keluar makan malam di sini. Kebetulan, Jumaat lepas sarapan pagi bersama dengan Puan Azila dan Pn. Siti Halijah di sini. Sebenarnya mahu ke Kedai Kak Mai yang laluan sehala ke Tampin tu ( Mee Kari memang lazat). Tetapi sesat, maklumlah masing-masing baru je menetap di Alor Gajah, Melaka ini. Saya ke kedai ini pun baru je dalam 4 atau 5 kali. Itu pun semasa keluar makan bersama En. Ahmad Nizam (HEP) dan En. Mohd Helman (Kaunseling)

Malam ni saya memesan Nasi Goreng USA dan teman saya Nasi Goreng Sotong. Apa yang istimewanya sampai saya mahu menulis di sini? Erm.. Kalau kalian mahu tahu datang sahaja ke mari. Biarlah saya berahsia dan berteka-teki. Selamat malam semua.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...