08 January, 2009

Pesan Ringkas Tentang Kemaskini.

Lewat petang tadi saya menerima pesanan ringkas dari teman saya yang berada di Bentong itu. Pesananya berbunyi Mengapa tidak update blog lagi? Em.. dalam hati saya tersenyum sambil tergelak2 kecil. Barangkali dia hanya melihat2 sahaja tidak membaca. Hahaha..

Alhamdulilah. Hari ini saya baru dapat kembali bekerja. Kelmarin Cuti Sakit dan semalam saya mengambil Cuti Rehat. Ya cuti untuk berehat. Apalah yang ingin saya katakan kalau saya sendiri tidak sihat. Pasti kalian bosan hanya mendengar cerita2 dan keluhan sakit saya yang tidak sudah2 ini. Hehehe.. Terima kasih kepada teman2 yang bersimpati ya.

Patutla teman yang seorang itu menghantar pesenan ringkasnya. Katanya di sekolah punya WiFi, jadi setiap harilah dia memasuki ruang sempit saya ini. Betul juga.. sehari tidak menulis tidak kemas kini. Patutnya harus terus menerus menulis. Hehehe..

Buat teman2 kemaskinila blog anda ya. Kalian sentiasa dalam kunjungan saya walaupun saya tidak meninggalkan jejak. Selamat sejahtera semua. Jumpa lagi.


No comments:

Jangan Prasangka & Salam Lebaran 1 Syawal 1446H.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semuanya sentiasa sihat walau di mana jua berada. Kadang-kadang, tanpa sedar kita terlal...