06 January, 2009

Hari Ini Saya Cuti Sakit.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Sakitnya saya tanggung hampir sudah 3 hari. Semalam sempat juga saya ke pejabat kerana baru buka persekolahan. Terlalu banyak kerja perlu diselesaikan. Di rumah juga saya ingat pasal kerja. Bagaimana saya mahu bersenang lenang sedangkan kerja melambak2 yang hanya saya yang harus selesaikan. Saya sempat juga mengadu kepada Kak Misnah (Ketua Pembantu Tadbir) yang saya menanggung kesakitan. Pesannya kepada saya kesihatan perlu dijaga. Saya katakan padanya saya mungkin akan ke Klinik esok untuk membuat pemeriksaan. Sekarang ini terlalu banyak penyakit dan sakit. Saya terlalu lemah, bukan senang untuk mengumpul kekuatan untuk ke Klinik dan Hospital itu. Tetapi saya perlu juga keputusan. Tuhan menduga saya.. Alhamdulillah.. saya telah selesai menjalani pemeriksaan. Soft Muscle saya cedera di bahagian dada. Ambil masa untuk sembuh kata doktor itu. Takpela asalkan paru-paru saya tidak dijangkiti kuman. Fikiran saya terlalu mendesak sehingga berfikir yang macam2. saya tidak batuk dan kahak berdarah. Saya pun tidak mengalami sesak nafas. Hahaha.. Semuanya ok kata doktor. Lalu saya minta cuti sakit untuk berehat. Terima kasih banyak.




Kembali ke persekolahan saya menerima cederahati dari luar negara (Eropah). Kerana niat juga seorang cikgu telah menghadiahkan saya kain pelikat. Terima kasih banyak2. Buat bos saya semoga berjaya temuduga di Putrajaya itu. Lepas ini selalu2 la belanja saya. Hahaha. Juampa lagi. Salam.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...