20 January, 2009

Masa Terus Berlalu.

Hari terus berlalu. Selalu sahaja saya melihat2 ke dalam blog ini namun tangan saya masih enggan menulis. Lidah saya kelu untuk berkata, fikiran saya entah tak tahu ke mana. Walaupun banyak blog yang saya baca semuanya tentang Perang Israil. Saya pasti ramai juga yg tertanya2 lama benar saya meninggalkan ruang rasa saya ini. Tiada apa berita yang saya ingin kongsikan bersama kalian sekarang ini. Bercerita tentang Palestin buat hati saya sedih. Saya tidak mahu merojakkan ruang rasa saya ini dengan serba serbi kesedihan, kematian, ketidakadilan. Bukan maksud saya tidak prihatin atau tidak ada belas kasihan. Biarla saya terus begini. Saya berdoa agar negara kita Malaysia aman damai dan Semoga Palestin mendapat hak kemanusiaan yang sewajarnya.

Tidak menulis di sini buat saya melawat blog teman2. Begitulah hebatnya bekerja seharian dengan komputer. Kuasa dihujung jari, dan tiada sempadan. Cuma kadang2 terlewat sedikit. Bagusla kalau teman saya di Bentong tu punya masa untuk bercerita/ bersembang2 di ruang di dalam blog yang penuh glamour itu. Kita tak pernah bergadohkan. Cuma berguau saje.

Malam ini saya berkongsi sedikit mengenai paparan gambar2 lama di sekolah dahulu. Tentang sebabak semasa berlakon di bawah penyarah/pelakon/pengarah yang saya sayangi En. Ahmad Yatim. Bergambar bersama teman2 lama di UiTM, Shah Alam. Bersama teman dan Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin sembilan tahun yang lalu. Bersama teman (Mohd Hafiz Rauf, Senawang) sewaktu hari Itiadat Konvokesyen di UiTM serta seorang teman (guru muzik) di UPSI. Masa terus berlalu. Usia terus meningkat. Semoga Tuhan kasihkan kita. Amin. Jumpa lagi.

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...