Salam semua.. Hari Jumaat datang kembali.. Pejam celik sudah seminggu berlalu.. Agak bosan juga kalau asyik bercerita tentang perkara2 yang lepas.. Erm.. Apa rancangan hujung minggu ini? Saya ternanti2 kawan yang sudah lama tidak berkunjung ke sini. Boleh juga jalan2 di sekitar Kuala Selangor. Pernah dulu saya bersamanya melawat Bukit Malawati dan sekitar Pesisir Pantai Remis di Jeram, Kuala Selangor. Sudah lama benar.. Fikir2 la sendiri, macam kata Nabil, Juara Raja Lawak Astro tu.. (",)
Atau balik kampung.. Rindu juga dengan ibu tercinta.. Harap2 sentiasa sihat.. Kepada teman yang menghubungi saya berkenaan blog saya ini, terima kasih banyak2 kerana sudi melawati ruang sempit yang penuh dengan warna2 cerminan kehidupan ini. Harap2 dapat memuaskan hati semua teman2. Boleh juga menjadi kenangan yang amat indah.. Ada permintaan yang akan saya tunaikan buat seorang teman dalam masa yang terdekat ini.. Apa ya? tunggu saja.. Oh.. Hujung minggu ini saya balik kampung!! Muktamat!!! Salam kepada semua.. Semoga sentiasa sihat.. Terima kasih sayang.. Wasalam.
No comments:
Post a Comment