Setiap tahun hari ini dinanti-nantikankan. Walaupun tiada banyak yang dirancang namun hari ini memberi makna yang sangat mendalam. Hari ini membawa makna saya sudah semakin berusia. Pelbagai pengalaman telah menjadi warna dalam meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran. Daripada lumpuh akibat kemalangan sehingga la saya bangkit mengumpul semangat yang hilang. Berkat kesungguhan, dorongan arwah ayah dan ibu tercinta, kehidupan ini terasa sangat dihargai dan dicintai.
Oh... Berbalik 1 Jun. Sekembali saya ke kampung hujung minggu baru2 ini, sekali lagi saya menerima kad Undangan Perkahwinan rakan sekelas saya yang hampir sepuluh tahun tidak bertentang muka. Mungkin masing2 sibuk, tiada masa untuk jumpa. Akhirnya mereka akan berkawin juga. Kerana jodoh, perkenalan mereka di SMK Jeram membawa kepada gerbang rumah tangga. Tahniah!!! Walaupun masanya belum tiba. Tapi saya percaya persiapannya sedang berlangsung bukan?? Semoga hubungan kalian akan kekal ke anak cucu ke akhir hayat. [Abu Zaidi dan Azian ] Kepada adikku [Norjohari Ikhsan] bersama bakal isterinya yang juga akan menjadi Raja Sehari pada hari yang sama, Tahniah!!! Terima Kasih kerana masih mengingati abang yang jauh.. Sekiranya ada kelapangan, pasti saya akan hadir pada majlis kalian. Alangkah bahagianya saya pada Ulang Tahun Hari Lahir saya berlangsung majlis persandingan teman2 yang disayangi.. Salam.
No comments:
Post a Comment