28 May, 2008

Antara Tanjung Malim-Rawang dan Selayang.



























Salam.. Tahniah kepada rakan saya iaitu Hazril Yusof (Klang) di Majlis Graduasi, Adat Istiadat Konvokesyen UiTM, Shah Alam pada ahad yang lepas. Sudah menjadi graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perhubungan Awam ya. Maaf, anda menjemput saya terlalu lewat, saya tidak dapat hadir kerana berada di Bentong, Pahang. Bila mahu melawat saya? Erm.. Khabarnya mendapat tawaran Tutur di Unisel, Shah Alam. Hebatnya.. Teringat pula semasa tahun pertama di UiTM Shah Alam, jalan2 di kompleks Shah Alam (PKNS) dan tertidur di dalam bas mini menuju ke kampung di Klang semasa bulan puasa. Begini membuat saya tersenyum seorang. Hahaha...

Selama 3 hari saya berulang alik dari Tanjung Malim ke Rawang/ Selayang saya berjumpa dengan ramai orang. Antaranya seorang dari kenalan (juniur di UPSI) kawan saya (Che Mat) yang menjadi FC di kem itu. Saya perkenalkan Lan (bukan nama sebenar). Pada hari kedua saya bersama Che Mat makan tengahari di rumah Lan. Berkenalan dengan keluarga Lan. Saya mengenali Ibunya, adik perempuannya yang berumur 9 tahun dan 2 orang adik lelakinya yang berumur 21 dan 17 tahun. Gembira bertemu dengan kalian semua. Dunia terasa aman dan bahagia. Terima kasih banyak2 kerana makan2, menumpang bersalin pakaian dan perhatian. Kepada Lan.. Saya fikir anda seorang yang sombong, tetapi sebaliknya pula. Bila nak ke Genting bersama2.Sampaikan salam saya pada keluarga ya. Kepada Ejat(Asyraf) dan Amy yang berada di Behrang Ulu, jangan lupa kat saya. Bawa saya jalan2 di Sg. Bil nanti ya.

Hari ini saya mendapat arahan lagi. Kali ini saya diarahkan bertugas di Kem Bina Semangat, Ampang pecah Kuala Kubu Bharu. Seingat saya sudah lama benar saya tidak bertugas di sana. (Kum. 1/2007) Kali terakhir saya sempat bermain air di kolam air panas di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. Berkenalan dengan penduduk setempat antaranya Baim, Yus. Di manakah anda sekarang?? Masih di tempat kerja lama? Baiklah.. Kerja harus diselesaikan. Saya tidak mahu meninggalkan kerja yang tidak selesai, akan datang saya juga yang akan menyelesaikannya juga. Hari ini saya akan meninggalkan Puncak Alam menuju ke Tanjung Malim. Di sanalah akan bermula cerita yang akan datang. Jumpa lagi..

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...