28 May, 2008

Antara FU dan KF.

Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bertemu kembali dalam saat2 saya dalam keadaan tidak sihat.. Kerana cuaca mungkin, sebentar panas, sebentar mendung, entah bila mahu hujan. Akhirnya selesai juga tugas saya di Kem Temasya Rimba Templer. Ermrr.. Benar seperti yang dijangka pada awal2 dulu. Permulaan yang agak kurang baik, apabila program yang dirancang telah menjadi rancangan yang lain. Gangguan elektrik di dewan, bagaimana saya harus bekerja? Menjadi FU bukan hanya bekerja disebalik KF tetapi lebih dari itu juga. Bergandingan dengan KF yang baru pertama kali memang menjadi pengalaman dan pengajaran kepada saya. Saya tidak banyak soal dalam banyak perkara, saya jarang2 mencampuri urusan orang lain. Saya akur menurut perintah. Saya bukan sekali menjadi FU tetapi 4 kali. Itu belum lagi menjadi FC dalam masa yang sama saya menjalankan tugas FU. Hampir 13 kali saya bertugas di dalam kem semenjak tahun 2005. Bermacam2 jugalah dari segi pengurusan sehinggalah kepada kelakuannya sendiri. Manusia bermacam2 perasaan dan perangai. Tuhan Maha Besar. Terima kasih kepada yang banyak membantu dan memahami kerja saya. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Tetapi bekerjalah dengan ikhlas tanpa menunjuk2. Banyak mana mengata orang akhirnya terkena pada diri sendiri juga. Maaf, salah silap saya selama ini. Terimala sedikit paparan gambar2 dari rakaman kamera telefon saya. Selamat..


1 comment:

Mohd. Alias bin Demyati said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...