Wah.. Cikgu Mat marah benar dengan saya.. Jangan lupa pergi kelas yang telah lama tidak dihadiri itu. Sampaikan salam saya pada Lan di UPSI itu. Kalau singgah di rumah ayahda di Tanjung Malim itu kirim salam pada mereka ya. Lama tidak ke sana..
Beberapa hari sebelum itu, saya menerima pesanan ringkas dari kawan lama (asal Kelantan) yang telah terputus. Bukan sengaja, tetapi kerana telefon bimbit saya hilang awal tahun ini, jadi teman ini semacam dilupakan. Syukurlah kerana teman ini menghubungi saya lewat hujung minggu ini. Kalau ada peluang insyallah saya akan datang ke sana juga.Semoga kita jumpa lagi.
Lewat malam tadi sempat menghubungi Ariff yang berada di Felda Mempaga. Susah juga untuk menghubungi orang yang sedang sakit. Bimbang sekiranya menganggu waktu rehatnya. Ternyata sangkaan saya silap, hari ahad lepas Ariff telah pulang dari Hospital Temerloh. Alhamdulillah.. Barangkali sudah tidak membimbangkan. Elok la begitu. Saya doakan semoga anda cepat sembuh..
Tahniah juga kepada teman yang baru mendapat cahaya matanya yang pertama (Angah@Fazil).
Sudah 16 hari berpuasa. Macam2 rasa di dalam diri saya. Semoga saya tetap iman sampai tiba waktu berbuka. Terima kasih banyak kepada semua yang sentiasa mengikuti perkembangan saya. Jaga diri kalian baik2. Salam.
Nik namanya..
No comments:
Post a Comment