Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera. Bertemu kembali di Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Maaf, lama benar saya tidak menulis di sini. Semuanya kerana tidak punya masa dan agak keletihan. Diruang yang sesingkat ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi juga dari mengawal pandang, mengawal percakapan dan menahan perbuatan/tingkahlaku. Sabar ya menanti petang berbuka.
Kepada teman2 lama yang telah lama tidak berjumpa, insyallah sekiranya saya punya masa kita akan bertemu juga di perjumpaan itu ya. Kalau tidak, janganla marah saya tetap mengingati kalian. terima kasih banyak2 kepada teman2 yang dari mula sudah memujuk2 untuk saya hadir ke perjumpaan itu. Emm.. Bimbang juga saya untuk bertemu dengan teman2 yang Glamour ini. Dunia yang semakin lama sudah saya tinggalkan. Yang ada cuma kenangan..
Kepada Ariff di Hospital Temerloh, Semoga anda kuat semangat dan semoga cepat sembuh. Semoga juga kita dapat berjumpa lagi.. Terima kasih kepada Cikgu Mat yang menyampaikan perkhabaran ini.. Bersabarla.
No comments:
Post a Comment