26 June, 2009

Lamanya Tidak Menulis.

Selamat Sejahtera. Bertemu kembali..Banyak perkara yang ingin katakan sehingga sampai ketika saya berfikir.. dan akhirnya terus saya lupakan. Ya setelah dipertimbangkan secara rasional, walaupun saya tetap menyatakan yang emosi itu penting agar saya tidak dirasakan tidak punya perasan. Em.. beberapa minggu lepas, rakan sekerja saya yang saya anggap kakak telah dinaikan pangkat dan mulai 1 Julai 2009 beliau akan berpindah. Sedih bukan? Pernah saya juga saya terfikir untuk turut mengisi borang berpindah. Tetapi saya percaya GB saya tidak akan menyokong perpindahan saya ini. Saya bukan la orang besar, tetapi saya orang yang kuat bekerja. Ramai juga yang mengerti perasaan saya memujuk-mujuk saya terus bekerja di sini. Entahla.. mungkin dalam masa yang terdekat ini saya akan berfikir tentang ini.

Sesekali saya pun baran. Entahla.. remaja-remaja di Bandar Puncak Alam ini masih ada yang kurang ajar. Bukan sekali dua kenderaan saya di usik (dengan niat jahat). Saya tidak mahu bercerita tentan rempit atau samseng jalanan. Hanya itu! Barang kali anda tidak punya wang.. Kalau ya, tiada wang.. anda perlu kuat bekerja. Kalau fikir anda tidak pandai untuk memohon kerja yang bagus-bagus, ya kerja sahaja apa pun. Rezeki yang halal. Jangan menyusahkan orang lain yang punya itu dan ini tetapi tidak anda.. Awas!! Anda sentiasa saya perhatikan! Menyakitkan hati sahaja. Ini pun buat saya tidak senang duduk di Bandar Puncak Alam ini.

Bercerita ziarah di Hospital Sungai Buloh.. Buat pengetahuan semua abang ipar saya masih ditidurkan dan ditempatkan di Wad ICU. Keadaannya byat masa ini memang tidak stabil. Takut juga melawat ke hospital yang menyimpan ramai pesakit virus sensasi tu. Ahad ini saya akan melawatnya setelah berakhirnya Karnival Kebajikan SKPA(2) 28-06-2009. Buat penduduk Bandar Puncak Alam jangan lupa bertemu saya di gerai ice cream & popcorn! Membeli sambil Menderma!

Buat teman saya di Bentong, rancangan saya ke sana minggu ini masih agak samar-samar lagi. Em.. sibuk benar saya.. Jika saya punya masa insyaallah saya akan sampai.

Terima kasih buat teman saya yang mengunjungi saya baru-baru ini. Lama benar saya tidak jumpa. Lama juga tidak berjumpa dengan abangnya. Jaga diri baik-baik. Sampai ketemu lagi. Selamat malam semua.











5 comments:

mamai said...

aku pun kekadang marah juga dengan budak2 kat puncak alam tu...pernah aku sound sorang budak sampai dia tak puas hati follow aku balik....tapi dia silap aku ie orang lama mana tau takut aku heret dia pulak dengan kawan2 dia sekali sampai minta maaf...

shahrul said...

sabar lah yer, sabar itu separuh daripada iman.

zachatta said...

;) Saya dah tau siapa yang selalu vandalisme harta orang!! Jagala orang tu.. Jangan sampai kau tertangkap PERUT!!

zachatta said...

Bro Mamai memang hebat!! Sampai mereka minta maaf.. mesti ada ilmu batin yang kuat ini.. Kena menuntut ni.. :)

Thks Bro Shahrul.. Sabar nih.. Huhuhu..

mamai said...

ada kalanya kita kena guna cara lembut...tak boleh juga kita guna cara kasar...

tak ada ilmu apa puncuma pengalaman jadi budak nakal di guna untuk layan dia orang nie

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...