04 June, 2008

Rasa Sayang..

Assalamualaikum dan selamat petang. Bertemu kembali.. Hari ini baru saya punya masa untuk menulis dan bercerita. Bagaimana? Puas hati dengan sedikit rakaman yang saya paparkan? Jangan cemburu dengan apa yang anda lihat. Semuanya kerana memenuhi permintaan daripada pelajar2 saya sendiri. Kalau ada yang baru pertama kali memasuki ruang sempit ini, Selamat datang saya ucapkan.. Datangla selalu dan datang kembali kerana saya akan terus bercerita dari masa ke masa. Kepada pelajar2 saya, kalian boleh terus menyalin dari rakaman gambar2 di bawah kerana saya tidak mengubah saiznya.
Saya pasti ada di antara kalian yang dapat mengagak bahawa saya seorang yang kuat kerja. Sampai satu ketika saya terlalu letih untuk membuat apa pun. Tetapi tanggunjawab perlu dilakukan walauapa yang terjadi sekalipun. Pengalaman saya di dalam Kem? Emm.. Agak sukar untuk memenuhi permintaan dari ramai pihak. Sekiranya terdapat dua arahan yang berbeza lagi sukarlah menjadi orang yang dibawah ini. Semuanya membuatkan saya lebih matang. Akan datang saya tahu apa yang saya perlu lakukan. Ramai yang tidak tahu saya bermula dari seorang penulis. Saya memperolehi Sijil Seni Kreatif pengkhususan Kesusasteraan (Penulisan Kreatif) dari Universiti Sains Malaysia. Saya menulis cerpen, novel sehinggala penulisan antologi puisi. Terima kasih kepada Cikgu Shahnon Ahmad. Saya tidak pernah lupakan anda.. Kemudian barulah saya memperolehi Diploma Seni Persembahan (Pengurusan Seni) dari Universiti Teknologi MARA. Memperlajari bidang Pengurusan Teater, Teknologi Audio dan Teknologi Pencahayaan Pentas. Ramai yang tidak tahu itu. Kerana terlalu banyak sekatan larangan, kretiviti saya terbatas. Entah kenapa, tiba2 ada juga yang tidak menurut batas yang saya ikuti.. Dan akhirnya menjadi popular dan menang.. Saya percaya yang menang belum tentu betul yang tidak berjaya belum tentu salah.. Fikirla sendiri.. Terima kasih kepada Kum. Rasa Sayang!! Kalian sangat hebat!!
(PPSB) Rasa Sayang.

Nurfaizal B. Nursyam, Mohammad Faeez B. Mohd Azman, Hafizan B. Abdullah, Rizal B. Che Ani, Wong Yee Seng, Wan Aizat Faliq B. Wan Mohd Zain, Azlan B. Semmang, Velragavan A/L Srinivasa, Saw Chin Seong, Danial A/L Jesudas, Tan Zhi Pei, Cheong Chee Hew, Nicholas Koh De Woi, Jong Zhen Xiang, Simon Chow Samuel, Aswan B. Alimudin, Mohamad Khairul Hanif B. Azmee, Ng Wai Nam, Ag Sukri B. Zahari, Mohd Akhairul Ezwan, Nurul Hanani Bt. Kemat, Nurul Ain Bt. Mohd Azmi, Imaawati A/P Kumar, Mariani Bt. Herman, Nor Azura Bt. Pauzi, Rosmawati Bt. Abdul Rahman, Zulaikha Bt. Saharudin, Nurul Hazwani Izzati Bt. Rahmat, Norfranilah Bt. Ahmad, Jumartia Bt. Mohamad, Tricia Amanda Heather Ak Jori, Suhaila Bt. Adenan, Heng Sak Lee, Lyna Nurul Husna.

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...