08 July, 2008

Mesyuarat Di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. (Prog. Kecemerlangan Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan) dan Banjir.-01




















Salam. bertemu kembali.. Alhamdulillah. Akhirnya malam tadi saya selesai juga membuat teks yang memakan masa beberapa hari itu. Tidak senang, terganggu sampai tidur pun termimpi2. Emm.. semuanya memikirkan bagaimana cara untuk saya lakukan bagi memenuhi permintaan yang tersebut dahulu. Seperti yang pernah saya katakan, bukan mudah untuk memenuhi permintaan yang bermacam2 itu, namun cukuplah sekadar saya memenuhi kehendak dan okjektif program.
Malam ini dapatlah saya tidur dengan tenang, walaupun kisah sebenarnya belum berakhir.
Pagi tadi bersama GPK1 dan Cikgu Zuredah Ali (Guru Muzik dan Tarian SKPA (2) )menghadiri mesyuarat keseluruhan di JPS. Ooh.. ya kami terkandas di jalan raya hampir setengah jam kerana kesesakan lalulintas kerana banjir. Bila sampai semuanya telah bermula. Saya yang dibawah ini hanyalah sebagai pemerhati dan pendengar keseluruhan oleh pencerita2 dari seluruh daerah yang mempunyai cerita dan idea2 yang tersendiri. Saya faham benar ceritanya, namun saya bukanlah orang yang wajar untuk berkata2 tentang itu. Cukuplah sekadar saya memenuhi kehendak yang satu itu. Hari ni saya bertemu dengan teman lama En. Khai yang bertugas di Unit Kewangan, JPS. Lama tak berjumpa, semakin bergaya sekarang.. Selamat Jumpa lagi.. Ops.. Kisah ni belum berakhir.. Saya pasti dalam kisah akan datang saya akan bercerita hal yang sama juga. Jumpa Lagi. Salam.

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...