06 July, 2008

Selamat Berehat Dihujung Minggu. Untuk Teman-Teman Yang Memiliki Blog Kemaskini la Blog Anda!!

Salam. Sudah beberapa hari saya tidak menulis di sini. Semuanya kerana saya tidak berkesempatan. Sampai di saat ini saya masih berfikir untuk menyelesaikan teks/ skrip yang dipertanggungjawabkan kepada saya itu. Namun tidaklah bermaksud saya tidak menjenggah masuk ke laman ini. Saya tetap ada, langsung saya kirimkan saja lirik2 lagu untuk kalian. Terkesan kehadiran saya, meninggalkan masa dan tarikh untuk tatapan anda semua.Emm.. Bijak bukan?
Saya baru sahaja selesai membuat teks untuk 2 orang pelajar. Harapan saya ianya sedikit sebanyak memenuhi tuntutan program. Ya, tahu benar saya bukan mudah untuk memenuhi permintaan ramai orang tetapi cukupla sekadar itu.
Entah bila la saya dapat bertemu dengan 2 orang pelajar lain yang cemerlang itu. Faktor masa membuatkan kita masih belum berjumpa.Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa yang terdekat ini.Banyak yang saya perlu tahu tentang anda.Kepada yang lainnya teruskan menunggu berita dari saya.. Kepada Cikgu Che Mat, Tahniah kepada anda kerana membawa SMK Sertik menjadi Johan Kompang Formasi 2008 Peringkat Negeri Pahang!! Tahniah!!

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...