Salam. Bertemu kembali setelah selesai Kemuncak Malam Jong2 Inai yang diadakan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor hujung minggu lepas. Program Kementerian Pelajaran Malaysia ini dianjurkan Oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Maaf, lensa saya tidak dapat merakam peristiwa yang bersejarah itu dengan baik. Tugas saya di bahagian teknikal bunyi/tatacahaya di dewan itu lebih penting.Saya fikir tugasan telah selesai. Tugas saya tidak berakhir di prapengambaran dan penulisan teks tokoh pelajar. Tugas saya berlanjutan ke malam yang cukup gilang gemilang. Gementar dari pagi sehingga malam. Tugasan yang menjadi tanggungjawab ini mencerminkan diri sendiri. Bagaimana seseorang itu bertindak di saat-saat kecemasan.Bermacam orang yang saya kenali. Bagitu jugala hati mereka harus dijaga. Bekerja dengan ramai orang, bermacam2 karenah, sehingga ada yang menegur. Maaf, saya percaya ianya untuk pengajaran. Sifat saya yang dari dulu tidak suka menonjol membuatkan saya selamat. Saya Lulusan Diploma Seni Persembahan Major Pengurusan Seni. Lebih tepat lagi hal2 yang berkaitan dengan dewan, lampu, bunyi telah saya pelajari lama dulu. Namun menjadi orang yang seperti tidak tahu lebih baik. Maka.. orang yang serba tahu itu akan lebih ingin membantu.. Bijak Bukan? terima kasih banyak2 kepada En. Guna, En Azimin, En. Johan, En. Roslan (Staff MBPJ) dan lain2 yang membantu saya dalam kelancaran prog.Terima kasih banyak. Kepada kalian semua, terimala sedikit paparan pada malam itu. Semoga terhibur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semoga Tetap Kuat!
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...
-
Kesempatan yang panjang setelah siangnya saya menghabiskan masa di FRIM, Kepong dan Selayang Mall sampai lewat petang. Tidak dirancang pun u...
-
Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Saya kembali setelah sekian lama. Drama yang berlaku di Bulan Jun 2024 sangatlah menguji jiwa, h...
-
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...
No comments:
Post a Comment