Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Hari ini saya kembali ke pejabat setelah Cuti Rehat semalam kerana tidak sihat. Hari sabtu lepas saya ke Kuala Lumpur menjemput seorang teman lama dari Kuala Terengganu. Buat pertama kalinya teman ini menjejakkan kakinya ke Puncak Alam. Hajat saya, biarla kali ini saya menjemputnya, ya kemuadiannya boleh terus saja datang sendiri. Pusing2 sekitar Bandar Puncak Alam. Walaupun tiada yang menarik, namun semuanya perlu saya jalani. Biar dia tahu besar mana Puncak Alam ini yang ada ketikanya pagi berkabus tebal dan dingin sekali. Petang itu hujan.. berehat lama di cafe cyber. Menjengguk ruang sempit saya ini berkali2. Sampai jemu terus keluar dan santai di rumah sambil menonton astro. Emm.. teman ini ternyata terus menerus menonton bola.
Malam tadi saya menghantarnya ke Stesen Teksi Klang. Sampai jam 9.30 malam saya menunggu sehingga bertolak. Harapan saya teman itu pulang dengan tenang dan senang. Kalau ada masa kita jumpa lagi.
Pagi ini di pejabat. Meja saya ada ole2. Serondeng daging dari Ustazah Hasizam yang pulang bercuti di kampung (Kelantan).Keropok ikan dari Cikgu Kamarul Hisham yang baru pulang di kampung, Dungun, Terengganu. Terima kasih banyak2 kerana ingat kepada saya. Entah bila la saya nak sampai ke Kelantan dan Terengganu itu..
Petang ini, ternyata pintu rezeki saya masih terbuka. GPK 1 saya yang dari dulu ingin menjamu saya KFC ternyata menunaikan janjinya. Em.. memeranjatkan sungguh. Berkali2 saya menolak tapi kerana niat. Saya terima dengan ucapan terima kasih. Terpaksala saya bawa pulang kerana anda tahu mengapa..
Kepada Che Mat, nasib baik tidak apa2. 3 hari tidak dapat dihubungi agak membimbangkan juga. Banyak memikirkan perkara2 negatif, barang kali telefon bimbitnya dicuri orang atau hilang. Mahal pula tu, saya percaya ramai yang berkira2 untuk memilikinya. Syukurla ya. Jumpa lagi.

No comments:
Post a Comment