04 August, 2008

Terima Kasih Kerana Percaya dan Memahami Saya.

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Saya mengharapkan kalian sihat sejahtera di samping orang yang tersayang. Pagi ini saya kembali ke pejabat setelah beberapa hari berada di luar. Tidak banyak kerja2 yang harus saya buat. Semuanya telah saya selesaikan sebelum saya bekerja diluar. Jutaan terima kasih kepada Boss saya kerana dengan izin dan kepercayaannya saya dapat bekerja dan meninggalkan pejabat dengan senang hati sebelum ini. Banyak peluang yang diberikan kepada saya kerana kecenderungan dan minat saya. Saya tidak akan pernah sia2kan kepercayaan yang selama ini sukar untuk saya terima.
Kepada pelajar2 saya di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang Siri 3 yang baru ini, kesukaran mengajar anda memberi pengajaran kepada saya. Kepada pelajar2 yang terdahulu, saya tidak pernah lupa akan kalian. Terus sahaja menjengguk ke ruang sempit ini selalu ya. Barangkali kalian kenal dengan pelajar2 cikgu yang baru ini. Nikmatilah paparan2 yang istimewa ini khas untuk kalian semua. Terima kasih banyak2.
Kepada teman yang berada di SUK, Shah Alam itu, Tahniah kerana berjaya mendapatkan semula Jaket yang sangat berharga itu. Walaupun tidak selalu mengemaskini blog anda, saya tetap berkunjung. Berpada2 la Berbuat Baik, Berbuat Jahat Jangan sekali.. Kepada Si pencuri, semoga anda insaf..
Terima Kasih, Jumpa lagi.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...