26 February, 2009

Kembali Bekerja.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bertemu kembali. Maaf, saya cuma sempat memaparkan gambar-gambar sahaja buat kalian semua.Semoga kalian senang dan teruja. Gambar-gambar ini juga buat pelajar-pelajar saya yang di dalam kem itu. Biar tamat program nanti, terus sahaja melihat lihat di sini gambar-gambar kenangan mereka. Terpulang untuk apa sekalipun. Saya memang sibuk buat masa terdekat ini. Dari Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang ke Kem PLKN Geo Kosmo, Kg. Gesir Tengah, Sungai Selisik, Kuala Kubu Bharu. Akhirnya saya keletihan. Sempat juga saya melihat2 dan menghantar pesanan ringkas buat kalian semua di sini. Cuma tidak dapat berbicara panjang lebar. Perasaan saya tentu sahaja gembira dan bersemangat. Kembali ke Kem buat jiwa saya berkobar-kobar, jiwa patriotik saya menjadi-jadi. Jangan marah.Semuanya menjadi kenangan yang terindah. Hari ini saya kembali ke pejabat. Jam 9.00 pagi saya diarahkan bersama untuk pergi ke Jabatan Audit Selangor di Jalan Attap, Kuala Lumpur. Dua jam di sana buat saya menggigil. Kesejukkan dan kelaparan. Terima kasih kepada GB kerana belanja makan di Restaurant Jejantas Sungai Buloh sewaktu melewati jalan pulang ke Bandar Puncak Alam. Terima kasih juga kerana sentiasa mempercayai kerja saya. Buat teman saya di Bilut, Pahang itu, bersabarlah di atas kehilangan itu. Kepada orang-orang yang suka menipu,memohon maafla serta insaflah sebelum ajal menjemputmu. Salam.



Sempat keluar bersama teman di Tesco Setia Alam.











No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...