10 February, 2009

Taklimat Pemantapan PPSB - PLKN di Dewan Bahasa dan Pustaka

Petang Sabtu lepas saya sempat menghadiri Taklimat Pemantapan Prog. Penghayatan Sastera dan Budaya – PLKN di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. Hampir setahun saya tidak ke sini. Bertemu dengan rakan2 lain yang lama juga saya tidak jumpa. 16, 17 dan 18-02-2009 saya akan mula mengajar di dalam Kem Temasya Rimba Templer, Rawang. Setiap kali ingin kembali ke kem merasa berdebar2. Dengan beberapa pindaan terhadap modul program buat saya perlu membuka buku, membaca dan mengulangkaji kembali cerita lama. Bimbang saya tidak dapat memberi perhatian sewajarnya. Kepada wira dan wirawati nantikan juga kemunculan saya juga di Kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu pada 23, 24 dan 25-02-2009. Jumpa di sana.


1 comment:

Anonymous said...

uik..aktif dlm bidang sastera? o0o...

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...