28 September, 2009

Berhari Raya, Berkaraoke dan Makan McD. di Klang.

Alhamdulilah. Bertemu juga di Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan teman baik saya (Hazril Yusof) di UiTM, Shah Alam lewat 9 tahun yang lalu. Tahun lepas saya ada juga bertemu dengannya sewaktu keluar bersama dengan Che Mat namu ketika itu bulan puasa. Berlegar-legar di Karnival Hari Raya di sekitar Shaw Centre Point, Klang. Kali terakhir saya menghantar pesanan ringkas Ucapan Takziah melalui telefon di atas pemergian ayahdanya yang tercinta seminggu sebelum bulan puasa yang lepas. Dalam hati saya berkata kami serupa ‘ Kami Anak-Anak Yatim’ termasuklah (Fahmee) teman saya yang berada di MBSA, Shah Alam itu. Raut wajahnya tidak menunjukan kesedihan, namun saya percaya sambutan hari raya tahun ini kurang serinya tanpa orang yang disayangi. Saya berharap kedatangan saya bersama teman ini (kali pertama walaupun telah berkawan selama 9 tahun) dapat membuatnya tersenyum gembira. Kami bersembang, bercerita tentang teman-teman lama yang membuat reunion baru-baru ni (macam tidak meriah sahaja), bercerita tentang teman nya menziarahinya raya ini (Fadli dan Rizal), serta bercerita tentang kerjayanya kini. Kesempatan yang ada juga saya meminta no. telefon Hasnorwan Zarifi yang bertugas di TV3. Lama benar tidak berjumpa. Semakin cantik katanya. Saya berharap tahun hadapan kita dapat berjumpa lagi.

Dalam keadaan cuaca mendung dan renyai-renyai saya bersama teman menuju ke Bandar KLang. Teman saya ini orang Tanjung Malim. Jalan-jalan di Klang ini adalah baru baginya. Tiada yang istimewa pun Bandar Klang. Kebanjiran warga seberang yang keterlaluan melemaskan warga Klang yang keluar berhunjung minggu. Hajat saya menonton wayang (Jin Notti) di Shaw Centre Point. Che Mat yang berada di Sabah juga sempat menonton Tsunami. Em.. Kemudian saya berhiburan di Karaoke Famili (RM10 = Bilik Besar (VIP) 10 Lagu + 1 Lagu Percuma). Teringat kembali kami pernah berkaraoke di Behrang 2020 bersama Kash, Che Mat, Hamsah (Sila hubungi saya segera). Meneruskan perjalanan kami singgah makan di Mc.D Klang Sentrel. Kenyang dengan Kuih Raya. Jam 4 petang saya terus pulang ke Puncak Alam. Terima kasih banyak kepada semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selamat pulang kepada Che Mat dan Izudin 31-09-2009 yang berada di Sabah sekarang!! Jangan lupa oleh-oleh ku Bah!! Salam permisi.





































1 comment:

mamai said...

macam nie pun kira raya juga ker

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...