30 July, 2009

Selamat Hari Pahlawan! Jasa Kalian Tetap Dalam Ingatan! 31-07-2009


Berkorban Apa Saja.


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan muliah
mm... hmm... hmm...
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia




Melakar Rindu.



Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma


Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya


Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat


Punahlah jua kini akhirnya

27 July, 2009

Tonton Teater 'Menanti Perang Berakhir' - Arahan dan Olahan : Kamarul A.R, Skrip Asal : Muhaimin Sulam. (25-07.2009)


Kesempatan yang panjang setelah siangnya saya menghabiskan masa di FRIM, Kepong dan Selayang Mall sampai lewat petang. Tidak dirancang pun untuk saya dan teman-teman menonton teater pada malam itu. Semuanya di saat akhir. Benar kad jemputannya pernah sampai dan seorang teman (Az Rai) selalu sahaja menghantar pesanan ringkas bertanyakan pergi atau tidak. Namun sukar juga saya membuat keputusan dengan masa-masa yang terdesak dan kesuntukan. Sehinggala akhirnya nekad untuk pergi. Bermacam-macam rintangan juga untuk sampai dewan tonton. Lupa pada malam itu pasukan Bola Sepak Selangor beraksi di Stadium Shah Alam. Kami terkandas di simpang-simpang jalan bersama-sama peminat fanatik bola sepak. Berdebar-debar juga sama ada sempat atau tidak. Sehingalah sampai sesat ke Seksyen 15 kerana lama benar saya tidak bertandang ke Bandaraya Shah Alam ini lebih-lebih lagi bila menjelang malam. Jam 9.00 malam saya telah duduk dan menyaksikan persembahan teater ini.

Sedikit kritikan tentang ‘Menanti Perang Berakhir’. Saya bukanla profesional, tetapi inilah subjek major saya di Universiti Tekonologi MARA. Penyarah saya Faisal Tehrani. Sewaktu di Universiti Sains Malaysia, dia kenalan saya ketika berselisih menghadiri kuliah penulisan dengan penulis/pengarang Shahnon Ahmad. Terus, mana mungkin saya boleh berdiam diri melihat aksi-aksi dan limpahan emosi yang hampir keterlaluan itu. Lama benar saya tidak menyaksikan teater secara langsung kerana sengkangan kerja dan masa. Mulanya saya berdebar-debar, kemudian saya rasa biasa-biasa sahaja, terus saya mulai merasa bosan sedikit. Saya faham naskah yang sebegini tidak akan mengundang keseronokan. Namun sedikit sebanyak menyuntik semangat dan mesej-mesej dari penulis.

Tidak sempurna. Ada beberapa watak yang agak melepaskan dialog tanpa perasaan. Skrip seolah-olah dibaca begitu sahaja. Saya bukan menuntut kesempurnaan, namun eloklah sekirannya dipertimbangkan beberapa perkara tentang konsep persembahan serta pemilihan pelakon dibuat sebenarnya-benarnya. Pujian untuk pelakon wanita utama yang tentu sahaja berjaya dengan cemerlang dengan watak dan perwatakannya. Agak aneh melihat pelakon bertukar pakaian sambil melipat pakainnya di atas pentas kemudian terus dengan lakonan yang berbeza situasinya. Elok sahaja lakukan di tepi tirai. Juga produksi sepatutnya menggunakan tutupan tirai untuk menyusun set ketika babak di luar sisi pentas. Mata penontong tetap di tengah pentas. Yang menonton tentu sahaja mengerti apa yang saya katakan. Syabas kepada semua.

Saya pulang lewat malam itu.


Selamat Malam.
































































Riadah di FRIM, Kepong, Selangor (Kegigihan Che Mat Merentas Desa SMK Kepong)





































22 July, 2009

Rindu Membawa Saya ke Institut Kraf Negara (IKN) dan Sedang Mengikuti Kursus.

Salam dan bertemu kembali. Saya masih lagi di Bandaraya Kuala Lumpur mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakauanan yang dijalankan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia di Puteri Hotel Park, Jalan Raja Laut. Pada tahun ini awal pula saya mengikuti kursus, sedangkan tahun-tahun lalu lewat akhir tahun baru saya boleh bersenang-senang dan kembali belajar. Kewangan dan Perakaunan bukanlah subjek yang saya suka. Malah hampir sahaja membuat saya pening kepala dan malam termimpi-mimpi. Lebih-lebih lagi ingin menguruskan Wang Kerajaan. Namun saya tidak pernah menolak ingin belajar tentang itu. Peluang bukan selalu.. Namun ini bukanla bermakna selepas ini saya akan memikul tanggungjawab mengurus kewangan sekolah yang jawatanya kosong ketika ini kerana Pn. Norliza Jumri yang dinaikan pangkat. Em.. Biarla saya fikirkan dahulu.. Boleh jadi dalam masa yang terdekat ini saya akan memangku tanggungjawab ini.


Tinggalkan perkara ini kerana esok masih ada kelas yang saya perlu hadiri. Tentang perkara di atas. Akhirnya saya sempat juga kembali ke Institut Kraf Negara, Rawang bertemu dengan Teman (Barut, Pesal, Amy, Shahidan dan lain-lain)Senang sekali bertemu dengan kalian semua. Pernah juga saya datang ke situ sebelum ini, namun mungkin masa tidak sesuai dan kita tidak dapat berjumpa. Selamat dan belajar rajin-rajin ya. Sampai ketemu lagi.


Berkali-kali saya melawat ke sini namun saya sekadar melihat-lihat. Banyak cerita yang ingin saya sampaikan. Tunggu la saya pulang esok. Buat teman saya (Asrul) yang berkali-kali mengajak saya keluar, maaf saya agak sibuk sekarang ini. Datangla ke mari, mungkin kita akan berjumpa.. Selamat malam semua.










Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...