17 August, 2009

Bertemu Teman kepada Teman (Che Mat) di Pekan Slim River.

Salam. Bertemu kembali setelah hampir dua minggu saya mendiamkan diri kerana kesibukan. Saya fikir tidak akan bertugas di dalam kem pada kumpulan yang terakhir tahun ini kerana berleluasanya demam, selesema dan batuk dari virus H1N1 serta akan tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak hujung bulan ini. Sangkaan saya tidak benar kerana akhirnya saya menerima juga surat lantikan sebagai Ketua Fasilitator di Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu. Terima kasih kepada En. Kamaruzaman Hj. Ibrahim (Penyelaras Negeri, PPSB), Pn. Mazalina Ishak (Penyelaras Zon, PPSB), Pn. Hjh. Zaiton Ajmain (Ketua Bah. Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka) kerana memberi kepercayaan kepada saya bagi memikul tanggungjawab yang serba baru dan mencabar ini. Bermula pada Kumpulan: 3 Siri 2/2005 di Kem PLKN Geo Kosmo sebagai saya bertugas sebagai Fasilitator namun kini saya kembali lagi ke sini pada Kumpulan : 3 Siri 6/2009 sebagai Ketua Fasilitator. Bukan saya mahu meninggi diri namun saya berterima kasih kepada yang mempercayai kerja saya selama ini. Saya tidak mahu bercerita panjang tentang hal-hal di dalam kem. Biarlah menjadi rahsia saya serta teman-teman di bawah jagaan saya. Saya berkongsi bersama-sama gambar kenangan sewaktu memantau, menjalankan tugasan di sana. Kepada wira dan wirawati yang langsung sahaja terakam di dalam gambar ini, semoga peristiwa tersebut menjadi kenangan yang terindah. Lewat tiga hari di daerah sana membawa saya ke Pekan Slim River bertemu dengan seorang teman kepada teman saya (Che Mat). Seorang guru lepasan Univesiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Teman saya selalu juga bercerita tentang temannya ini. Kali terakhir pada Kumpulan 2 Siri 6/2009 saya ke Pekan Slim juga. Melihat-lihat pohon Bongsainya menjadikan saya teruja untuk memiliki. Teman saya itu berjanji tetapi tidak juga berjumpa. Barangkali teman kepada teman saya ini sibuk. Akhirnya saya bertemu dia juga. Orangnya rendah dan cukup manis sekali. Pertama kali saya melihat dia kesejukan mungkin kedinginan. Emm.. Lewat malam itu teman saya itu (Che Mat) bercerita tentang temannya itu tidak henti-henti. Entahla.. melihat riak wajah teman saya itu kelihatan gembira dan tenang sahaja. Barangkali sudah lama tidak berjumpa dengan temannya itu. Buat teman kepada teman saya itu. Selamat berkenalan. Ya.. saya akan emailkan segera contoh surat sokongan itu ya. Semoga berjaya dan Tahniah sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Sampai ketemu lagi. Jangan lupa kepada teman saya itu, dan saya juga. Hahaha.. Salam.

Sepetang di FRIM, Kepong, Selangor.





























Ziarah Teman Tamat Latihan. (Port Dickson, 15.08.2009)





























Malam Puisi Kemerdekaan (Prog. Penghayatan Sastera dan Budaya) P : 3 Siri 6/2009, kem Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu.















































































Prog. Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu. P : 3 Siri 6/2009 (10.08.2009- 12.08.2009) Part : 02















































































Prog. Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu. P : 3 Siri 6/2009 (10.08.2009- 12.08.2009)











Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...