21 October, 2013

Catatan di Jogjakarta, Indonesia. Siri : 01

Alhamdulillah. Saya kembali lagi di sini. Bukan semua orang tahu saya ke mari. Tidak juga saya untuk menghebohkan ke mana juga saya mahu pergi. Rencana ke mari pon sebenarnya telah lama. Banyak halangan yang mendatang. Sejak dari Bulan Mei yang lepas, sebelum saya berangkat ke Aceh, Indonesia. Saya telah membeli tiket ke mari, Cuma dengan tuntutan tugas dan tanggungjawab saya terpaksa mengalah. Alhamdulillah, syukor kami berjaya di dalam Festival Teater Negeri Melaka 2013 itu. 
Kesempatan yang ada juga saya pergunakan sebaik-baik mungkin. Semangat dan kesungguhan saya tidak pernah padam. Walaupon semester demi semester berlalu, mahasiswa terus bersilih ganti, namun saya tetap juga ingin merealisasikan impian saya sejak 2 tahun yang lalu. Barangkali sekarang ini belum ada rezeki, ternyata tidak mematahkan semangat saya. Saya harus lebih usaha dan kuat! Terima kasih kepada teman yang sentiasa menyokong saya.

Oh. Saya melakukan ini, bukan kerana nama. Sekadar berkongsi pengalaman bersama di ruang lingkup dan suasana yang berbeda. Mengapa di sini tetapi tidak di sana atau di mana-mana? Tentu sahaja di sini lebih istimewa. Biarlah masa menentukan semuanya ya. Sedikit perkhabaran dari saya, Alhamdulillah saya sihat walafiat. Perjalanan saya ke SOLO (Ingat lagu Begawan Solo?)melewati toko-toko batik yang terkenal sehingga ke perkarangan Istana Keraton Solo. (Berbeza dengan Keraton Jogja ya)

Pada malam-malam saya di sini sempat menyaksikan Pementasan Teater Jogja 2013 di Taman Budaya Jogja. Secara peribadi saya simpulkan pementasan ini persis seperti di Malaysia, cuma lebih bebas. Ternyata unsur-unsur kedewasaan dan keterbukaan di dalam masyarakat dipamer di dalam pementasan ini. Merokok di atas pementasan juga seakan perkara biasa. Pengalaman yang sederhana dan sedikit mengecewakan kerana mereka tindak menggunakan Bahasa Indonesia yang lebih general (umum).

Buat pertama kali juga saya didedahkan dengan pementasan 'Kreografi Lapangan'. Persembahan di tempat terbuka yang mengkagumkan dengan set bamboo (buloh) yang besar, di hadapan Candi Ratu Boko di Sleman, Jogja oleh Penata Tari : Sardon W. Kusumo. Ternyata persembahan yang sangat hebat yang menyusun segala penari, pelakon, pemuzik gamelan dan masyarakat setempat di dalam persembahan tersebut. Lokasinya di candi mengangkat kegemilangannya di waktu malam yang serba cantik dengan lampu-lampu yang warni warni memberikan sentuhan dan rasa yang berbeda dangan kedatangan di waktu siang (pagi) yang panas. Terima kasih kepada semua pendukung yang menjayakan persembahan ini.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...