26 July, 2014
09 July, 2014
Hilang Berganti.
Assalamualaikum.wkt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih bernafas, bernyawa dan punya jiwa. Hari ini saya kembali menulis. Sudah lama tidak menulis buat saya malas sedangkan hati dan fikiran ni terus berkata-kata sendiri. Ternyata hari-hari yang berlalu meninggalkan banyak pengalaman buat saya. Bukan semua orang mengerti hati dan perasaan kita. Hanya Allah SWT yang tahu. Terima kasih kepada teman yang ada kerana menyokong saya selama ini. Jasa mu tidak pernah saya lupakan. Kalau ada peluang biarlah saya membalasnya, kalau tidak saya serah hanya pada Tuhan.
18 June, 2014
Sendiri Itu Lebih Baik (Menjadi Lebih Sempurna).
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ILLAHI kerana saya masih berjiwa dan bernyawa. Hari demi hari banyak juga lah yang berlaku. Sesungguhnya saya ini serba sederhana dan lemah.
Sesungguhnya, kita semua di dunia ini tidak sempurna, tetapi kita akan menjadi sempurna apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap dari kalian tentu sahaja menginginkan yang sempurna..tetapi kita harus sedar bahawa, kita semua ini tidak sempurna kerana hanya ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan itu.
Berusaha lah untuk menjadi yang sempurna pandangan ALLAH kerana Dia sentiasa berada di samping kita di kala suka dan duka. Mengenai kawan yang mengambil kesempatan di atas ketidaksempurnaan kita, ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Jika ingin bersahabat, jangan terlalu mencari sahabat yang sempurna..
Tetapi carilah seseorang yang boleh membuatkan kamu menjadi sempurna..
Bila kamu bersahabat dengannya….
Jika ingin mencari pasangan..
Jangan terlau mengharapkan yang soleh dan solehah…
Tetapi menjadilah soleh dan solehah yang terlebih dahulu...
Sesungguhnya, kita semua di dunia ini tidak sempurna, tetapi kita akan menjadi sempurna apabila kita saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap dari kalian tentu sahaja menginginkan yang sempurna..tetapi kita harus sedar bahawa, kita semua ini tidak sempurna kerana hanya ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan itu.
Berusaha lah untuk menjadi yang sempurna pandangan ALLAH kerana Dia sentiasa berada di samping kita di kala suka dan duka. Mengenai kawan yang mengambil kesempatan di atas ketidaksempurnaan kita, ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
15 June, 2014
01 April, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jangan Prasangka & Salam Lebaran 1 Syawal 1446H.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semuanya sentiasa sihat walau di mana jua berada. Kadang-kadang, tanpa sedar kita terlal...
-
Kesempatan yang panjang setelah siangnya saya menghabiskan masa di FRIM, Kepong dan Selayang Mall sampai lewat petang. Tidak dirancang pun u...
-
Assalamualaikum.wkt dan selamat sejahtera. Saya kembali setelah sekian lama. Drama yang berlaku di Bulan Jun 2024 sangatlah menguji jiwa, h...
-
Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...