12 August, 2008

Pesanan Ringkas.



Lantas saya terus menghantar sms kepadanya. Saya katakan padanya Salam. Saya salah memandang atau memang benar awak ketahui saya? Jadi balasnya kepada saya ’’xtau sape’’ (Tidak tahu siapa). Kemudian saya membalas pesanan yang serba ringkas itu. Jadi pandangan dan senyum awak tadi kepada saya itu, cuma kebetulan?Baiklah.. Selamat Malam. Saya tamatkan perbualan ringkas itu. Agak lambat benar saya terima pesanannya. Lalu dia menjawab ’’Senyum 2 sedekah. Ok, nite.


Sebelum itu, saya keseorangan makan malam. Terbangun lewat malam, perut lapar benar... keluar dan singgah di JFA Conner. Pesan Burger Ayam Istimewa dan Jus Epal Susu. Mata memandang sekeliling. Masih ramai walau pun telah lewat malam. Pandangan ke televisyen, masing2 fokus kerana cerita hantu.


Tiba2 orang yang saya kenali masuk ke dalam kedai. Lalu saya capai telefon bimbit untuk berkongsi cerita dengan seorang teman. Walaupun saya telah lama menyimpan nom. telefonnya. Mana mungkin sewenang wenangnya saya menghubungi orang yang dikenali itu.Terima kasih kepada teman itu yang sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk berjuang atas apa yang saya percaya. Maaf saya tidak memakai susuk!! Hahaha...


Berbalik, saya kekaunter untuk membayar minuman yang hampir sejam saya berakar di kerusi itu. Di situlah bermulanya cerita ini..


Saya nekad dan akhirnya...
Opss. rakaman Jong2 Inai telah berakhir.. Akhirnya sudah juga..

Terima kasih banyak2.

No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...