02 November, 2008

Salam November 2008!!

Alhamdulillah.. Akhirnya saya selamat kembali ke Bandar Puncak Alam. Selesai sudah saya menghadiri Kursus Pembagunan Insan Cemerlang anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel City Villa, Kuala Lumpur seminggu yang lepas. Bertemu dengan rakan lama di kursus induksi dan teman2 seperjuangan di daerah yang sama membuatkan hati saya gembira.
Bagus juga sesekali menghadiri kursus sebegini. Kenal manusia yang pelbagai karenah, kenal diri sendiri dan menjalin persahabatan. Tiada yang menarik selain daripada itu. Tiada siapa yang mahu berjaya dalam hidup. Hanya diri sendiri yang mampu berdikari dan mengubah diri sendiri menjadi apa yang dia inginkan..Tepuk dada tanya diri.
Sedikit paparan dari kamera telefon saya. Maaf saya bukan profesional ya. Namun cantik bukan suasana dari tirai di bilik saya yang ingin saya kongsi bersama.
Terima kasih kepada teman2 yang sentiasa menjengguk2 ke ruangan sempit saya ini. Maaf, agak lama juga saya tidak menulis. Langsung saja saya kirim gambar2 di bawah buat tatapan kalian bersama. Semoga teman2 gembira dan terus senang. Selamat datang dan terus saja datang selalu ya.

2 comments:

Mohd. Alias bin Demyati said...

semoga jadi insan cemerang...kak bib tanya hari tu..tak sudi ya datang rumahnya !

zachatta said...

Bukan tak sudi.. tapi jauh la bang.. Huhuhu.. Bimbang sesat di Bangi tu..

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...