Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

02 April, 2009

Tentang Dia (Mimpi Malam Tadi)

Entahla.. Barangkali saya asyik terus memikirkan dia sahaja sampai mimpi pun diganggu. Saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Suaranya pun sudah lama saya tidak dengar apatah lagi bersembang2 dengannya. Pemergian dia ke sana pun tidak diberitahu kepada saya. Saya cuma dapat tahu perkhabaran itu pun dari Kash. Sedih juga bila disaat pemergiannya yang agak lama itu saya tiada. Pernah juga dulu berkali2 kali saya mengajaknya datang ke bandar saya ini. Katanya nanti dia akan sampai juga. Entahla.. barangkali tragedi kemalangan dulu buat dia serik untuk datang ke sini lagi..

Bagus juga sesekali mimpi yang sebegini. Saya bertemu dan berkata2 dengannya dalam mimpi. Dia menunjukkan sepasang baju (Baju Hijau) yang baru siap dari tempahan. Kelibat ayah dan alang pun ada. Itu sahaja mimpi saya. Siangnya saya bangun dengan senyum. 2-3 hari ini saya memikirkan tentang dia sahaja. Bulan 8 terlalu lama untuk saya tunggu. (penantian suatu siksa)

Saya mendoakan dia semoga sihat sejahtera walau dimana berada. Saya akan tetap menanti dia sampai akhirnya. Harapan saya semoga dia tidak pernah melupakan saya juga. Terima kasih banyak2 kepada Kash kerana sudi melayan kerenah saya. Kalau ada apa-apa berita tentang dia jangan lupa sampaikan kepada saya. Jumpa Kash nanti kita keluar makan di I Luv Conner ya. Jumpa lagi. Wasalam.
Rajawali.. Terbang Tinggi. Bawalah Daku Bersama mu..
(Gambar Hiasan)

2 comments:

zulfahmee.blogspot.com said...

erm.. sape dia?kash ker?x daapt tangkap.. huuhhuuu..

zachatta said...

Baca posted yg terdahulu. Pasti sedikit sebanyak dapat faham.. Thanks Fahmee..