Tentang Saya

My photo
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Melihat dari Mata Hati..

15 May, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah.




Salam. Ada teman yang pergi makan angin ke Melaka hari ini. Emm.. hendak buat macam mana, saya telah merancang lama juga untuk mengikuti jelajahan sehari semalam ke Melaka itu. Tetapi akhirnya saya terpaksa melepaskan juga kerana ada hal yang lebih penting. Saya perlu menghadiri Taklimat PPSB di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur esok hari. Seingat saya kali terakhir saya ke sana semasa menuntut di UiTM, Shah Alam di bawah Penyarah En. Zakaria (segak bergaya, namun telah agak berusia) untuk subjek Pengurusan Muzium. Melaka Bandaraya Bersejarah, tentu sahaja melawat-lawat tempat lama dan tinggalan sejarah. Mengikut jadual malam ini mereka akan berseronok-seronok di Zoo Melaka untuk menyaksikan Night Zoo. Buat teman selamat berjalan sakan la ya. Hati-hati jangan bawa virus penyakit balik ke sini. (Terkenang-kenang sewaktu bermandi-manda di Tanjung Bidara bersama teman-teman sekelas sewaktu menuntut di darjah 6 Jaya, SK Batu 20, Jeram)

Sepanjang minggu ini saya sempat bersembang-sembang dengan teman yang merupakan jiran saya di sini. Namun dia telah kembali ke kampung asalnya di Taiping. Katanya dia bekerja di Pulau Pinang sekarang. Dia mengirimkan gambarnya di sana yang lama juga saya tidak ketemu. Terima kasih banyak kerana tidak menyepi terus. Semoga berjaya dalam temuduga dengan SPA nanti ya. Kepada Bain yang berada di Dungun yang mengikuti Kem Bina Negara, semoga kuat semangat dan jangan lupa saya tetap menunggu di sini.

Selamat berhujung minggu semua.