18 May, 2009

Sepanjang Hari Di Kuala Lumpur (Taklimat PPSB di Dewan Bahasa dan Pustaka) Sehingga Petang Ke Kuala Selangor.





































Salam. Bertemu kembali. Sabtu lepas saya berjanji bertemu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sampai hajat berjalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah itu terbantut. Saya cuma merancang.. Tetapi..
Berjanji pergi bersama dengan Cikgu Alias dari Ijok. Katanya dia perlu ke Jalan Masjid India untuk sedikit urusan. Biarlah saya sahaja yang tahu. Masjid India? Emm.. lama benar saya tidak berjalan-jalan ke sana. Keterujaan apabila saya sampai di sana. Berbeda benar wajahnya sekarang. Tiada lagi penjual-penjual jalanan murahan. Semuanya nampak mahal. Macam berjalan-jalan di Jalan Petaling. Sama benar... Semuanya berbumbung. Cuma Jalan Petaling penuh dengan peniaga cina. Di sini macam orang Melayu tetapi boleh jadi juga orang Indonesia.
Melewati ke tengahari kami ke Gombak. Cikgu Alias memperkenalkan saya satu persatu tempat belajar dan singahannya suatu ketika semasa menuntut di maktab dahulu. Saya amati dan melihat-lihat sahaja. Kemudian kami singgah menjamu selera di restauran makanan segera sehingga sampai waktu bertemu.
Di DBP bertemu dengan ramai teman baru. Juga teman setahun dahulu yang saya kenali. Selamat bertemu kembali. Tetapi saya tidak mengajar di Kem Geo Kosmo.. Bila-bila kita jumpa lagi. Tiada yang menarik untuk saya berkongsi bersama pertemuan di DBP itu.
Langsung sahaja saya pulang setelah selesai pembahagian penempatan. Di persimpangan jalan yang biasa lalui penuh dengan kabus dan kabut kebakaran. Saya rakamkan untuk kalian. Sewaktu pergi pun ada kelihatan kenderaan Bomba. Cuma saya tidak mahu memperbesar-besarkan hal yang kecil ini. Nasihat saya sayangi alam sekitar dari pencemaran.
Buat Wira dan Wirawati nantikan kedatangan saya dan PPSB di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang 24.05.2009 hingga 26.05.2009 dan Kem PKLN Pelangi Hill Resort, Kerling 01-06-2009 hingga 03.06.2009. Sampai jumpa lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mengikuti perjalanan hidup saya yang serba sederhana dan gigih bekerja kuat. Hahaha.. Salam.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...