01 December, 2010

Menanti Hari Esok.

Menghitung hari-hari yang mendatang.. Letih dan muak melihat sikap manusia yang pelbagai jenis dan rupa ini. Setiap hari saya perlu bersabar, menjaga hati dan perasaan agar tidak terlalu mengikut perasaan atau emosinal. Hari yang saya nantikan masih belum tiba. Pernah dulu saya war-warkan yang saya akan mulai berhijrah dalam masa yang terdekat ini. Namun langkah saya masih berat. Hari yang saya nanti-nantikan masih juga belum tiba. Sedih juga untuk meninggalkan tempat ini yang saya sudah selesa. Berat hati juga untuk meninggalkan teman-teman. Memang dari dahulu lagi, niat di dalam hati, kedatangan saya ke mari bukanlah untuk bermastautin. Nasib yang membawa saya ke mari sehinggalah tahun ke empat. Barangkali cukup pengalaman ini untuk saya meneruskan langkah saya untuk mara ke hadapan. Saya tidak pernah berbangga dengan apa-apa yang saya lakukan. Setiap yang saya lakukan adalah kerana tanggungjawab. Saya tidak pernah membuat kerja sambil lewa. Saya selalu diajar untuk membuat apa-apa pun sehabis baik. Maaf kepada teman-teman yang fikir saya sudah berhijrah. Tunggulah sampai masa dan ketikanya. Saya akan beritahu juga perkhabaran berita yang baik ini. Sebelum saya berhijrah saya perlu melangsaikan banyak hal yang masih belum tertunai. Biar siapa pun yang mengantikan saya nanti akan senang dan tenang bekerja. Saya tidak mahu dia menjadi seperti saya dahulu. Yang belajar dari fail ke fail. Sampai sekarang juga masih belajar dan bertanya-tanya. Saya bukan bodoh dan sombong. Tetapi jangan marah saya kerana saya akan selalu bertanya.
Terima kasih buat teman saya yang bekerja di Malaysia Airport, Sepang kerana ziarahnya di Puncak Alam ini. Sudah hampir dua tahun saya tidak bertemu dengannya. Dia sama sahaja seperti dahulu. Alhamdulillah.. jumpa juga sebelum saya berhijrah.

3 comments:

malyna said...

salam. org puncak alam ek? tumpang tanya, ada tau mana mana syarikat bas sekolah etc yg boleh disewa sekitar puncak alam?

your cooperation is highly appreciated. teng kyu :)

bloggerguy said...

pe lg dek, bg le cik malyna tu contact no bus yg g melaka aritu.. huhu

zachatta said...

Malyna : Salam. Rasanya tak ada syarikat bas kat area sini. Klau untuk pengangkutan pelajar ke sekolah kebanyakkanya Van yang dibuat bas sekolah.

Bloggerguy : Bas tu dari luar.. Service tak ok. Hurm.. Kat Melaka ada Bus Double Dacker.. Ingat nak bawa lek Puncak Alam..

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...