08 June, 2011

Saya Tidak Pernah Diajar Mencarut.

Salam buat teman-teman semua walau di mana jua kalian berada. Alhamdulilah.. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana ketika ini saya di dalam keadaan sihat walafiat dan semakin bersemangat setelah hampir 4 bulan saya bermastautin di Bandaraya Melaka Warisan Dunia ini. Yang telah meninggal pergi, akan terus saya doakan dan kenangi sampai akhir usia. Sepanjang tempoh ini, saya berkenalan dengan ramai orang. Dari kenalan di tempat kerja, pelajar sehinggalah teman sekitar taman. Masing-masing dengan kepelbagaian rasa dan perangai. Saya sebagai orang baru dan merantau ini, cuba untuk berkawan dengan semua orang. Saya manusia yang sederhana dan suka berbuat baik. Maaf kalau kalian akan menganggap saya sekadar memuji diri sendiri. Percaya atau tidak, itulah saya. Kedua ibu bapa saya tidak pernah mengajar saya perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi mengata orang tidak tentu pasal. Ibu dan arwah bapa saya tidak pernah mengajar saya bercakap kasar atau bermulut celupar. Sukar untuk saya mencarut membabi buta. Saya hormat kepada sesiapa sahaja, kerana bagi saya kita manusia sama di sisi Allah S.W.T. Manusia yang pelbagai ini akan sentiasa mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Saya akui, yang saya juga manusia yang lemah dan tidak sesempurna mana. Kadang-kadang saya juga melakukan kesalahan dan kesilapan. Kelembutan hati dan kejujuran saya kadang-kadang menyebabkan saya selalu di ambil kesempatan. Sukar untuk saya mentafsir hati dan niat seseorang. Semoga Allah S.W.T melindungi saya dari kejahatan manusia. Amin. :)

4 comments:

Sheila Adziz said...

amin....

kdg2 kita kena ingat buat baik berpada2 buat jahat jgn sekali...

zachatta said...

Ya kak.. sye slalu kena beringat.. bukan semua org suka kita..

Klau kita buat baik dan melebih2.. mereka akan fikir kita ni suka mengampu dan membodek..

Tetapi saya cuma menjalankan kerja saya.. Tidak salah utk memenangi hati org yg utama.

Unknown said...

Mencarut jangan tak mencarut. hehehe...Lama tak dengar berita. Ya lah bila sudah menjadi 'officer' sibuk memanjang saja.

zachatta said...

tak nak.. :) ye la abg.. sye masih di sini.. :) http://kebudayaan-uitmelaka.blogspot.com

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...