30 September, 2013

Berlari Ke Bintang

Rancangan demi rancangan untuk melihat sesuatu yang indah tercapai dengan jayanya dan cemerlang. Hari-hari yang melewati, sering berlalu dengan segala rancangan yang mencabar. Kadang-Kadang terasa diri ini tidak mampu untuk menangani segala perangai dan sikap manusia yang pelbagai ini. Sendiri yang serba kekosongan, kadangkala sakit dan seakan kehilangan separuh nyawa. Sesungguhnya semua itu tidak pernah mematahkan semangat saya. Malahan membuatkan saya lagi bertambah kuat, berkobar-kobar untuk lebih usaha dan gigih. Memetik kata-kata teman rapat saya. " kalau saya membuat acara tu sepertinya mahu yang mega (grand) begitu, dari makanan saya yang meriah, pakaian yang cantik-cantik langsung ke set/props terus ke acara persembahannya.Bagi saya kesusahan mengerjakan sesuatu itu sama sahaja, yang membedakan adalah sama ada dilakukan dengan baik dan bersungguh atau sekadar ada. Pilihan di tangan kalian, tepuklah dada, berfikir ya.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...