06 October, 2013

Hai Teman!

Kalau asyik bercerita tentang sakit tentu sahaja membosankan sesiapa sahaja. Memanglah kita ni manusia biasa, yang tidak sempurna mana, selalu sahaja sakit, demam, batuk selsema, selalu sahaja ditimpa dengan masalah. Kalau bukan masalah sendiri, barangkali masalah keluarga yang akhirnya terkait dengan diri kita mahupon teman rapat yang punya masalah-masalah tersendiri. Saya sendiri senang menjadi teman mendengar masalah teman-teman.
Kadang-kadang mahu sahaja saya berkongsi dengan teman-teman tentang apa-apa pun mengenai diri saya ini. Tetapi sampai suatu ketika seolah-olah saya mahu berkongsi pekong di dada pula. Jadi biarlah saya berahsia sedikit ya. Biar kalian tertanya-tanya sampai kalian menemui jawaban.
Bila punya facebook, twitter buat saya jarang sekali menulis di sini. Ternyata masing-masing punya kelebihan yang tersendiri. Biar saya aktif di facebook, atau jarang-jarang di twitter, namun tidak mungkin saya meninggalkan blog saya yang serba sederhana ini. Di sini saya mencurah segala rasa dan perasaan.
Oh, saya sudah berpindah rumah. Dalam 2 tahun lebih, ini kali ke empat saya berpindah rumah. Semuanya meletihkan dan membebankan. Biarlah ini kali terakhir saya berpindah. Terima kasih kepada yang membantu saya berpindah rumah lewat 5 hari yang lepas. Semoga saya akan tenang dan terus bersemangat di sini. Kepada En. Nasaruddin, saya mohon maaf kerana tidak dapat tinggal lebih lama di rumah lama. Insyallah, tentu sahaja ada yang mahu menduduki rumah saya tinggalkan itu.

Selamat malam, sampai ketemu lagi.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...