16 March, 2016

Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Assalamualaikum.wkt.

Apa khabar kalian semua? Saya mengharapkan kebahagian dan kesejahteraan ke atas kalian. Lamanya tidak menulis di sini. Alhamdulillah, saya kembali lagi di sini. Sebenarnya banyak juga yang terjadi sepanjang tahun yang berlalu ini. Cuma saya senang untuk berdiam diri dan tidak berkongsi sebarang cerita. Duka, sedih, pahit dan manis itu hal yang biasa. Saya tetap tidak akan menulis tetang politik! Saya orang Melayu! Tiada manusia yang sempurna dan menjadi alasan untuk kita mengakui kelemahan diri ini. Manusia juga mudah berubah, tetapi baiknya kalau berubah menjadi seorang yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Sesungguhnya masa telah banyak mengajar saya. Bertemu dan bekerja dengan ramai orang, Berhadapan dengan sikap manusia yang pelbagai menginsafkan diri saya. Saya yang serba sederhana ini, sering berdukacita memahami hati-hati manusia ini? Saya cuba untuk memahami diri saya sendiri, memahami manusia sekeliling. Ada manusia yang bergantung harap kepada kita, tetapi dalam masa yang sama menolak dan mementingkan diri sendiri. Ada yang berkawan baik akhirnya menjadi musuh atas sebab yang tidak rasional dan tidak tahu punca. Allah Maha Mengetahui.. Mungkin di akhirnya saya boleh mempersoalkan mengapa dan untuk apa kita berkawan. 

Menangani soal kerja yang serba mencabar ini, sememangnya menduga akal dan fikiran. Menguji kesabaran dan kadang kala kemarahan itu menjadi bara yang menjadi-jadi. Melayan karenah kepelbagai sikap manusia yang kurang matang dan kurang bijak ini membuatkan saya sendiri kadang kala stress sendirian. Tentu sahaja saya boleh bersuka-ria, bersenang lenang, tetapi bukan itu cara saya. Saya meletakkan tanggungjawab dan kerja yang utama. (maafkan saya mak, sudah 2 bulan saya tidak pulang..) Biarlah saya bersusah payah berminggu-minggu, tidak cukup tidur, tidak cukup rehat tetapi semua mendapat peluang dan ruang untuk pergi lebih jauh lagi. Janganlah ada yang membandingkan kerja saya. Lain orang, lain caranya. Tiada apa apa yang saya perlu buktikan.

Buat teman yang berada di Abu Dhabi. Selama bertugas di negara orang, selamat pergi dan selamat kembali. Terima kasih di atas khabar berita. Saya tunggu ole-ole dari sana. Tunggu updated saya! Terima kasih.



No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...