17 March, 2016

Masa yang mendewasa.

Hello.. Kembali lagi, Lewat saya di sini tentu sahaja saya melihat-lihat teman di blog. Membaca satu persatu tulisan yang mereka telah lama tinggalkan dulu. Ternyata ramai juga yang tidak menulis lagi. Mungkin mereka juga sama seperti saya. Sampai satu ketika, akan kekeringan idea untuk berkata-kata. Benar ya, sampai bila blog ini akan bercakap tentang perasaan dan hati. Bercakap tentang itu dan ini. Terlalu banyak berkongsi sehingga tiada apa yang tinggal sebagai rahsia. 

Alhamdulillah, tahniah kepada bloger baru! teruskan menulis ya. Jangan seperti saya yang asyik berangan mimpi ingin sampai ke bintang tetapi tetap di sini. Mungkin media sosial yang banyak ini menjadi punya saya jarang benar ke ruang sempit ini. Mulai dengan menulis status di FB, kemudian di twiiter langsung terus ke Instram. Jangan tanya apa Insta saya. Saya tidak punya ramai pengikut. Kalau ada pun entah dari mana. Saya terima seadanya. 

Sebentar ya. Saya harus pergi dulu. Ada yang memangil-mangil dari tadi. Kelas terakhir!

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...