07 February, 2019

Menonton Teater Citra Wanita 2019 - Dato' Seri A. Samad Said.

Gabungan kisah Wanita yang menampilkan episod luka wanita di dalam beberapa naskah hebat karya Dato' Seri A. Samad Said, Sasterawan Negara. Antaranya dari karya Salina, Lantai T.Pinkie, Di Mana Bulan Selalu Retak, Sungai Mengalir Lesu..

Namaku Tengku Seindah Kuno... . Lantai ini lantai rasa Tempat kasut kasut bercerita Bunyinya kedengaran Suaranya ke kayangan Engkau bahagia Pinkie Kaki menari Engkau bahagia Pinkie Lantai berbunyi Engkau bahagia Pinkie Engkau bahagia Pinkie Lantai sembunyi gementar hati.

 Perang meninggalkan kesan yang tragis, dukacita, hiba, bahkan bahana tersebut mengubah warna kehidupan seseorang. Salina, kata penulis SN A. Samad Said, wataknya sengaja dibiarkan begitu, pelacur yang tidak melawan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik kerana begitulah realiti. Dalam hidup tidak akan sebelah pihak sahaja, pasti akan ada putih dan hitam, siang dan malam, syurga dan neraka. Apa yang paling penting dibawa penulis, watak Salina merupakan figur yang akan sering dipersalahkan, dihina, dicerca, dipulau, sedangkan sebab dan akibat perwatakan seseorang itu tidak diambil pandang. Yang nampak bahagian depannya sahaja, buruknya sahaja. Sejarah lampau, baiknya, dilupakan seolah-olah tidak pernah wujud. Tetapi orang tidak akan tahu, itulah bahana perang. Bukan setakat mengorbankan nyawa dan harta, bahkan lebih daripada itu.




25 December, 2018

Di Hujung Disember.

Punya mata tapi tidak melihat. Punya telinga namun tidak mendengar. Punya hati namun tidak cuba memahami.

Selamat Malam Dunia..!

19 December, 2018

Suka Duka Hujung Tahun 2018.

Assalamualaikum.wkt dan salam hormat pembaca yang budiman.

Masa berlalu begitu pantas. Setiap hari berlalu dengan segala pengajaran. Ada suka, ada duka yang mengiringi hati dan lubuk jiwa saya. Alhamdulillah..sehingga ketika ini Allah SWT masih mengizinkan saya bernafas dan memberikan kesihatan yang baik. Saya mengharap kalian begitu juga.

Hujung tahun ini terlalu penat dan lelah, menjalani hari yang ada. Melangsaikan tanggungjawab yang telah direncanakan. Masih belum sempat bercuti. Maaf pada Mak di kampung, saya sudah jarang dan lama tidak pulang. Terima kasih kepada semua yang bersama-sama saya selama ini. Terima kasih kepada rakan serumah yang tetap bertahan sehingga akhirnya selamat berbahagia hendaknya.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya, serasa keluarga bagi saya yang merantau ini (biarlah di dalam hati sahaja), Boss yang memberi kepercayaan dan sokongan, anak-anak Kebudayaan KAG yang bersusah senang bersama beraktiviti dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan pujian dan bayaran. Saya percaya semua itu akan datang dengan sendirinya. Tanpa kalian semua siapalah saya yang serba kekurangan ini. Saya cuma manusia biasa yang serba tidak sempurna. Kalianla yang memberi semangat dan kekuatan untuk saya lebih kuat meniti hari-hari yang mendatang. 

Anak - Anak Kebudayaan KAG
Sampai Jumpa Lagi.

Alhamdulillah, terima kasih di atas Anugerah Pentadbir Terbaik 2018, UiTM Cawangan Melaka.

Kepercayaan yang dikhianati.

Assalamualaikum. wkt dan salam sejahtera pembaca yang budiman. Hidup ini tidak selalu berjalan seperti apa yang kita harapkan. Ada masa kita...