16 May, 2008

Selamat Hari Guru 2008!!



Assalamualaikum kepada anda semua. Saya sentiasa mendoakan semoga anda sihat sehtera di samping orang2 yang disayangi.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru Tahun 2008!!! kepada semua insan2 yang bergelar Guru!! Teringat kepada Guru2 saya di Sek. Ren. Keb Jeram Batu 20 dan di Sek. Men. Keb. Jeram. Tak lupa juga kepada Cikgu Shahnon Ahmad (Penulis/ Pensyarah di USM, Pulau Pinang) saya sentiasa mengingat anda. Kerana anda saya disini dan tetap menulis disini. Terlalu cepat masa beredar.. Namun Jasa baik dan pengobanan kalian yang bergelar Guru akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Terima kasih.

Guru Oh Guru..

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada Negara,

Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ’cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke Akhir hayat.

Oleh :Usman Awang.



















Gambar Sekadar Hiasan.

1 comment:

Mohd. Alias bin Demyati said...

hai...nama kita lupa ya ! kita pun cikgu tau!!! apa pun semoga terus sukses..

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...