Salam. Bertemu kembali.. Akhirnya pengambaran telah bermula. Bermula dengan pembatalan hari semalam kerana pelajar yang tersebut menghadapi peperiksaan. Hari ini mahu atau tidak, kerja2 ini harus dilakukan dengan segera. Bimbang kelewatan akan menjejaskan program dan reputasi kerja juga harus dijaga. Maaf kerana harus meninggalkan kerja di pejabat. Terima kasih kepada yang membantu. Letihnya harus berlari ke sana dan ke sini untuk bertemu dengan orang2 yang harus tampil dengan komen2 mengenai pelajar2 ini. Semuanya difikirkan di saat akhir. Bukan saya tidak punya masa untuk lebih bersedia, namun beginilah tuntutan kerja. Kadang idea itu muncul secara tiba2. Nah.. terus sahaja dipanggil mengadap lensa kamera. Asal semua komentarnya yang baik2. Jujur sahaja..
Kesempatan yang diberikan kepada saya menjadi pengalaman lebih bermakna. Benar pengambaran bukanlah kerja mudah.. Saya memang sudah tahu sejak dahulu lagi. Mana ada manusia yang sempurna. Begitu juga yang beraksi didepan kamera. Jika salah, berkali2la adegan harus diulang. Semuanya menuntut kita lebih benyak bersabar. Yang baiknya pelajar2 ini tidak banyak ragam atau karenah semacam dunia hiburan yang telah lama saya tinggalkan.. Terima kasih banyak kepada kedua ibu bapa Adik Najwa Afiqah kerana mengizinkan kami merakamkan sedikit tentang hidup anak anda ini. Juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pengambaran awal ini. Terima kasih banyak2. Seperti yang kalian ketahui, saya agak sibuk kebelakangan ini. Maaf kerana jarang2 benar saya menulis. Nantikan saya di pengambaran akan datang. Jumpa lagi. Salam.
No comments:
Post a Comment