25 July, 2008

Berhati2 di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang Tersayang.

Awal pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan seorang teman. Dengar suaranya putus2, saya teliti bunyinya. Katanya dia kemalangan semasa kedatangannya ke rumah saya. Gementar tidak sudah.. Kata saya kepadanya supaya tunggu sehingga saya sampai. Sepanjang perjalanan saya bermacam2 saya fikirkan. Alhamdullillah, kecederaannya masih mampu untuk berjalan terjengkot2 kesakitan. Luka2 dikedua2 lengannya. Em.. Sedih juga melihat motosikalnya yang rosak. Banyak juga wang untuk membaikinya. Sekelip mata sahaja. Malang memang tidak berbau. Sempat juga menghubungi Ayahda Azmi yang berada di Tanjung Malim. Risau benar melihatnya, awal jam 3 lebih juga bertolak dari Tanjung Malim ke Puncak Alam melihat anak kesayangannya yang seorang ini.. Maaf banyak2, saya terpaksa bercuti kerana menyelesaikan hal yang terjadi ini.. Jaga diri baik2 ya. Berehatla ya teman. Semoga cepat sembuh.. Salam.


No comments:

Semoga Tetap Kuat!

Terkadang, dalam perjalanan hidup, kita tersedar bahawa diri yang dahulu penuh semangat dan keyakinan kini kian menjauh. Suatu ketika, setia...