15 October, 2008

Bertemu Teman Lama..

SMS telah lama saya terima. Katanya dia ingin beraya di Puncak Alam beberapa minggu.

Mungkin kesempatan yang ada fikirnya akan bertemu dengan saya yang sejak dahulu tidak punya masa ke sana dan ke sini. Maaf , bukan sengaja saya tidak mahu berjumpa denganya tetapi keadaan saya yang kurang sihat buat saya mengambil cuti setelah beraya panjang di kampung. Boss tersenyum bila saya hadir ke pejabat pada hari selasa itu. Harap2 dia masih percaya kepada kerja saya. Selalu cuti membuatkan kerja bertambah2. Siapa yang boleh membuat kerja saya selain saya sendiri? Em..

Berbalik, petang tadi saya melalui rumahnya. Saya bertemu kembali setelah bertahun tidak berjumpa. Sembang2 kemudian mengajaknya keluar ke kedai Mamak BNS.Dia tetap seperti dulu. Tetap kurus cuma sekarang dia berkaca mata. Entahla mungkin belajar membuatnya menjadi rabun. Atau hanya mahu tampil agak berbeza. Lupakan sahaja.. Hampir sejam di BNS bercerita tentang rakan2 dan setahun yang telah berlalu.

Berjanji bertemu pada malamnya. Haha malam inilah (baru sahaja) Berkunjung ke rumah seorang cikgu yang berkali2 juga mengajak saya beraya ke rumahnya. Saya tidak pernah menolak cuma masa tidak mengizinkan. Malam ini saya nekad juga untuk datang. Bertemu dengan keluarganya yang sungguh ceria. Ibunya dari Singapura itu tetap segak walaupun telah melewati separuh abad.. Terkenang ibu di kampung.. Menu Nasi Tomato la..Jemput makan.. Teman tetap berada disamping saya.. Bertemu dengan Hidayah dan Maz dari rakan sepejabat.. Nasib baik bukan saya sahaja yang bertandang pada malam ini. Lega.. Hampir sejam.. saya minta izin untuk pulang. Bersalaman, dan terus meninggalkan rumah Cikgu itu. Terima kasik Kak Wahidah.. Selamat Hari Raya.. Teman itu terus sahaja menghantar saya pulang.. Kata saya kepadanya, saya ingin ke CC sebentar.. Selamat
Malam..

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...