08 October, 2008

Cerita Tentang Dia.

Muka awak saling tak tumpah macam Alang.. Tang Mata.. Tang Hidung..Tapi jumpa baru ini dia tidak mesra seperti dahulu.. Hampir sejam saya menunggu2 memerhati kelibat Alang petang itu namun masih belum muncul lagi.. Akhirnya dia pulang dari luar bersama2 ayahda tercinta.Dia rapat dan mendapatkan Che Mat menjauh dari saya yang dari tadi mencari2nya. Dalam hati saya mungkin sebab terlalu lama tidak berjumpa. Kemesraan yang dulu itu hilang begitu sahaja. Emm..Niat di dalam hati mahu menangkap, memeluk dan terus mencium sahaja. Namun segan pula berdepan dengan Ayahda Azmi.Di menuju ke arah saya.. dengan senyuman yang hampir sama dengan awak (Alang tak ada gigi depan)Menunjukkan beg duit yang terisi duit raya. Ada sekeping RM50 dan 4 keping duit seringgit. Dengan bangganya dia menunjukkan kepada saya dan terus berlari kehadapan meninggalkan saya di meja makan itu bersama2 dengan keluarga Ayahda Azmi.

Mungkin kerana kedatangan kami, hampir semua ada di meja makan merangsang makan bersama. Menunya Mee Kari dan Laksa. Seorang demi seorang keluar menunjukkan diri. Kaza, Kash, Nurul, Kak Izan, dan hampir semuanya saya telah kenali. Akhir sekali keluar Along (Abang kepada semua adik-beradik). Lama juga saya tidak berjumpa dengannya. Kali terakhir sewaktu di Hospital Kuala Lumpur ketika melawat Angah. Ditemani kekasih tercinta, Zetty namanya.. Inyaallah kalau ada masa saya akan hadir ke majlis perkahwinan kalian 27-28.12.2008!! Jemput makan juga.


Saya terus sahaja kehadapan meninggalkan mereka sekeluarga. Cuba mencari2 Alang. Mahu bersembang.. ya tentu sahaja tentang awak.. Tapi saya tidak punya peluang seperti itu. Masa berlalu terlalu capat.


Sewaktu ingin pulang, saya beri Sampul Raya kepada Angah. Angah mahu dua angpau. Katanya kepada saya supaya diam2 sahaja. Jangan beritahu yang lain.Tidak adil bukan.. saya diam dan senyum sahaja.Semuanya dapat angpau termasukla Kash.. Hahaha... Ketika sudah banar2 mahu pulang rasa macam tidak mahu pulang. Masa di pintu kereta, Alang datang kepada saya. Katanya kepada saya supaya Up duit rayanya. Saya tersenyum panjang. Nasib baik Muqmin dan adik perempuannya mendengar permintaan Alang itu. Terus sahaja saya abaikan pintanya itu. Sebelum pulang sempat saya merakam gambar Alang buat kenang-kenangan.. Dalam perjalanan terus sahaja saya menghubungi awak.. Bercerita tentang itu dan ini.. Alangkah baik kalau awak ada di sana juga..
(Gambar Hiasan)

2 comments:

YUSRIE MOHD YAMIN said...

selamat raya walaupun sudah melewati seminggu...

zachatta said...

Selamat Hari Raya..
Raya Sebulan.. Huhuhu...

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...