20 October, 2008

Cuti Kerana Sakit.

Salam bertemu kembali setelah beberapa hari berlalu dengan penuh kepenatan dan keletihan. Hahahahahahaa.. Macam2 hal terjadi.. Bertemu dengan orang yang suka bercakap besar tapi propa.. Bertemu dengan perampas, membuatkan saya merendah diri dan insaf.. Emm.. Pada 17.10.2008 hingga 19.10.2008 saya menghadiri Bengkel Penghayatan Drama Pentas dalam Proses Pegajaran dan Pembelajaran anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka serta Jabatan Pelajaran Negeri Selangor di Selesa Homehill Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Saya tidak tahu mengapa saya perlu menghadiri bengkel seperti ini. Namun cukuplah saya katakan bengkel ini seolah2 memberi saya ulang kaji pelajaran sewaktu belajar dahulu. Yang bezanya pelajar di sini merupakan seorang guru. Tentu sahaja mereka hebat.. Terima kasih kepada tenaga pengajar Dr. Zakaria Ariffin (ASWARA), En. Wahab Abdullah Dewan Bahasa dan Pustaka
Makanan di hotel biasa2 sahaja. Tiada yang menarik. Kepada Cikgu Alias maaf kerana tidak mengajak sama mengikuti bengkel ini. Saya dijemput pun disaat akhir. Terima kasih banyak2 kepada Dewan Bahasa da Pustaka kerana memberi peluang kepada saya mengikuti bengkel ini. Kepada Boss saya, maaf banyak2 kerana saya MC semalam. Saya tidak sihat untuk bekerja. Jarang2 saya berjumpa doktor jika tidak kritikal. Tentu sahaja kalian tahu.. Makan pun tidak lalu bimbang muntah.. Opss biarlah menjadi rahsia saya.

Sewaktu pulang sempat bertemu dengan teman yang berada di Sungai Buluh itu. Saya perkenalkan Syafiq namanya. Semoga bertemu lagi. Wasalam.

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...