06 October, 2008

Seminggu Sudah Berlalu.


Salam. Bertemu kembali setelah hampir seminggu saya tidak menulis di sini. Ya terlalu sibuk dengan Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang setahun sekali ini. Emm.. terlalu banyak untuk diperkatakan tetapi gambar2 yang saya paparkan sudah cukup memberi gambaran kemeriahan atau tidak di hari yang berbahagia itu.

Seperti tahun sebelumnya, selepas sembahyang saya sekeluarga akan melawat pusara arwah ayah, atuk, nenek dan abang tercinta. Bermacam2 la manusia yang penuh bergaya melawat pusara di hari yang mulia itu. Saya ringkas sahaja. Berbaju melayu, bersongkok dan berkain pelikat. Bagi saya yang penting doa untuk mereka itu lebih penting daripada berkasut tumit tinggi dan berbaju baru penuh bergaya.

Hampir sejam lebih di sana kami sekeluarga pulang. Menunggu tetamu hadir ke rumah. Saya terus sahaja berbaring sambil menonton rancangan2 hebat Sempena Hari Raya ini di Saluran 188 Astro. Harus melanggan (RM7++) walaupun pakej yang sedia ada hampir RM100++ . Semata2 ingin menonton Teater Muzikal P.Ramlee di Istana Budaya dan Filem Seram Sundel Bolong (Indonesia)

Hari yang kedua saya menuju ke Bentong, Pahang. Seperti tahun2 sebelumnya. Tidak boleh tidak saya mesti melawat keluarga angkat di Lurah Bilut, Pahang itu. Gembira dapat bertemu dengan teman2 yang hadir ke rumah dan bertemu di sekitar Bentong. Selamat Berkenalan kepada Teman Baru Wan, Lan dan Zam. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi. Jaga diri kalian baik2.

Kesempatan yang ada, dapat juga saya melawat Geng Bas Sekolah yang menetap di Tanjung Malim, Perak di kampung halamannya di Ulu Dong, Raub, Pahang. Gembira juga, setelah lama tidak berjumpa. Hidangan Mee Kari dan Laksa.. Emm.. Alhamdullillah.. Terima kasih kepada ayahda Azmi.. Kalau ada Farhan mesti lebih meriah dan berbahagia. Kepada Abang Long Inssyallah saya akan hadir ke Majlis Perkahwinan Abang 27, 28-12-2008. Buat Kash semoga berjaya menempuhi SPM hujung tahun ini. Belajar rajin2. Kaza??

4 hari di Lurah Bilut sempat bertemu dengan Zakuan, Bahari, Akhil, Zahari, Abg Atan Mukri, Sham, Shafiq, Shahrul, Shakir, Shamil, Uda, Ijat, Boy- Faiz (nenek kebayan),Juan Danza, Gee, Pak Ku dan lain2 lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Selamat Pagi Dunia 2023!

Manusia ditanya tentang otak  Atas segala tindak  Api makan api  Tanah makan tanah  Dibawa angin mengabarkan duka seperti api membara  Memba...