18 November, 2008

Jom Hijaukan Bumi (Damaikan Bumi) Part:03

Petang tadi tepat jam 2 petang saya sudah berada di muka pintu pejabat. Namun saya lupa benar pintu pejabat di depan dan dibelakang terkunci dan kunci saya di dalam meja kerja saya. Em.. terpaksala saya menunggu yang lainnya yang selalu masuk kerja jam 2.30 petang kerana keluar rehatnya tadi jam 1.30 petang. Barangkali banyak kerja sampai lewat sebegitu. Menunggu sampai mereka membuka pintu untuk saya. Kedengaran bunyi telefon dari dalam. Maaf banyak2 Apa yang boleh saya buat?

Saya mundar mandir selama setengah jam dan terus menunggu. Lantas saya melihat2 taman yang baru dibina di sekitar ruang kerja saya. Semasa perasmian taman itu, saya berada di situ juga, namun saya sekadar melihat dari jauh sahaja. Keramaian orang di situ membuatkan saya sesak nafas dan kelemasan. Begitu meriah acara sambutan perasmiannya. Beberapa orang tetamu penting juga turut hadir meraikan terlaksanya taman itu di akhir tahun 2008 ini.

Baru kini saya sempat menulis tentang itu. Berjalan dari taman ke taman. Di dalam hati saya indahnya ciptaan Tuhan yang maha Esa. Saya membuat sedikit rakaman buat teman semua. Saya bukan professional tetapi terimala keseronokan dan keindahan yang saya ingin kongsi bersama kalian. Alangkah bahagianya dunia ini sekiranya manusia menjaga alam sekitar, tumbuh tumbuhan untuk kesejahteraan masa hadapan. Kemudian terus sahaja saya kembali bekerja.

Hujung minggu ini saya harus menghadiri kursus anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Grand Pasific Hotel, Kuala Lumpur. Nantikan berita2 dari saya. Terima kasih kerana sudi melawat saya. Jemput datang lagi dan terus datang lagi ya.Salam.

No comments:

Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik - Anugerah Pentadbir Universiti 2022

Assalamualaikum.wkt. Terima kasih kepada Rektor UiTMCM, Pengurusan Tertinggi (JKEN), semua staf unit bawah Bah. Hal Ehwal Pelajar, rakan-rak...